Putri Najuwa Rehat Tiga Bulan Lepas Kahwin

Diterbitkan: Ahad, 22 Oktober 2017 5:26 AM

Putri Najuwa

(Ubah saiz teks)

PELAKON Putri Najuwa memberitahu dia mengambil peluang untuk berehat selama tiga bulan selepas mendirikan rumah tangga pada 23 September lalu.

Pemilik nama sebenarnya Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof, 32, berkata, dia mahu memberi perhatian dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sebelum kembali aktif.

"Saya belum mula bekerja lagi, rancangannya memang ingin bercuti dahulu tiga bulan lepas kahwin ini untuk berkemas apa yang patut dan pindah rumah baru.

"Saya hendak jalani tanggungjawab dan kerja-kerja seorang isteri. Insya-Allah tahun depan akan kembali aktif," ujarnya kepada mStar Online.

Putri Najuwa diijabkabulkan dengan pasangannya Muhammad Zaid Samsuri pada 23 Sepetmber lalu.

Pasangan ini diijabkabul 23 September lalu, Foto instagram @PutriNajuwa

Pelakon drama Arluna ini ditemui pada majlis pelancaran filem Dubai My Love baru-baru ini.

Sementara itu, ditanya tentang kehidupan bergelar isteri, aktres ini mengakui masih lagi belajar membiasakan diri.

"Saya masih belajar menjadi seorang isteri yang mana semua kerja rumah kena buat sendiri. Dahulu duduk dengan keluarga ada pembantu rumah.

"Ia satu pengalaman yang baru dan menyeronokkan," ujarnya.

Tambah Putri Najuwa, dia dan suami merancang untuk berbulan madu pada tahun depan di Istanbul, Tukri.

Dalam pada itu, ditanya tentang filem lakonannya Dubai My Love, Putri Najuwa berkata, dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi.

Barisan pelakon dan pengarah filem Dubai My Love.

Katanya, sebagai pelakon yang masih baharu, dia akui agak sukar mendapatkan kepercayaan penonton untuk datang ke pawagam menonton filem berkenaan.

"Saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi kerana barisan pelakon semua orang baru. Tapi saya berharap penonton beri peluang untuk tonton filem ini," katanya.

Selain itu, Putri Najuwa berkata, mereka berhadapan dengan masalah cuaca yang terlalu sejuk ketika menjalani penggambaran di Dubai.

"Cuaca adalah cabaran besar kerana kami tidak diberitahu tentang cuaca di sana sudah masuk musim sejuk. Kami pula dapat tajaan baju -baju nipis dan skirt.

"Saya hanya bawa satu baju sejuk sahaja, memang susah nak berdialog kerana mengigil kesejukkan," ujarnya.

Filem Dubai My Love yang turut dilakonkan Erwin Dawson dan Hanna Aqeela itu akan mula ditayangkan pada 26 Oktober ini di seluruh pawagam tanah air.

Tags / Kata Kunci: Putri Najuwa

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan