Peminat Ruhainies, Tajul Bertemu Gamat Jadinya

Diterbitkan: Ahad, 22 Oktober 2017 5:55 AM

Tajul dan Ruhaninies teruja dapat meluangkan masa bersama peminat mereka.

(Ubah saiz teks)

BUAT pertama kalinya mStar Online bersama dua kelab peminat bergabung menjayakan majlis santai bagi merapatkan hubungan artis dan penyokong masing-masing yang diberi nama mStar Jom Santai bersama Ruhainies dan Tajul.

Seramai 52 peminat artis berkenaan meluangkan masa lebih tiga jam untuk beramah mesra dan menyertai pelbagai acara menarik yang dianjurkan pada Sabtu.

Acara ini gamat dengan pelbagai aksi daripada peminat yang teruja dapat beramah mesra bersama artis kesayangan masing-masing.

Salah seorang peminat ketika bermain permainan The Mummy.

Objektif bagi mengeratkan silaturahim di antara peminat dan selebriti jelas tercapai apabila mereka semua cukup 'sporting' untuk terlibat dalam beberapa aktiviti diadakan pada petang itu yang diadakan di Cartel Coffee Shop, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Antara permainan yang diperkenalkan ialah tiru gaya artis, The Mummy dan tiup belon.

Acara menjadi kelakar apabila Ruhainies dan Tajul diberikan watak melakonkan adegan kontroversi Shahir Zawawi yang terpalit dengan isu percintaan bersama seorang pramugari.

Peminat yang meniru aksi itu tampil dengan gaya berbeza membuatkan suasana gamat dengan gelak ketawa mereka.

Niezam Abdullah (dari kiri), Izdihar Rosland, Ruhainies, Tajul dan Zainal Azhar Mohamed melancarkan mStar Jom Santai.

Setiap pemenang bagi ketiga-ketiga permainan itu juga turut mendapat hadiah istimewa yang disediakan termasulah cabutan bertuah yang menyediakan hadiah berupa jam tangan dari Ice  Watch.

Penaja program berkenaan iaitu Sun Fabulous yang mengeluarkan produk kesihatan kulit iaitu Chew n Glow turut membuat kejutan dengan memberikan hadiah kapsyen menarik bagi swafoto terbaik.

Bagi menunjukkan rasa penghargaan terhadap Ruhainies dan Tajul, kelab peminat turut membuat kejutan dengan membawa jambangan bunga istimewa tajaan Lule Flowers untuk dihadiahkan kepada kedua-dua selebriti itu.

Artis dan peminat bergambar kenangan.

Sementara itu, Tajul menghiburkan peminatnya dengan lagu popular Sedalam Dalam Rindu dan lagu baharunya Tersiksa.

Malah atas permintaan peminat, Ruhainies turut berduet dengan Tajul menerusi lagu popular penyanyi itu berjudul Di Sana Cinta Di Sini Rindu.

Lebih menarik, kakak Ruhainies iaitu pelakon Risteena turut muncul bersama ibu dan bapa mereka.

Majlis pada petang itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif, Sun Fabulous Sdn Bhd iaitu Izdihar Rosland, Pengarang mStar Online, Zainal Azhar Mohamed dan Pengarang Hiburan mStar Online, Niezam Abdullah.

Pengacara Kelly Azman bertindak sebagai hos pada majlis berkenaan.

Ruhainies dan Tajul bersama jambangan bunga hadiah daripada peminat.

Selain Sun Fubulous yang memperkenalkan produk Chew n Glow dan Cartel Coffee Shop, majlis ini juga mendapat tajaan daripada Ice Watch, Lukisan Cahaya (photobooth), Hanara Ann (Brownies dan Cokelat) dan NZ Fingers (Kek Batik dan Cheese Tart).

Turut bekerjasama ialah F&N, Melawati Mall (tiket GSC), Good Virtues Co, One Drop Perfume dan Palladio.

Dalam pada itu pihak mStar akan mengadakan acara seperti ini pada masa hadapan dengan kerjasama kelab peminat artis secara berperingkat.

Ia sebagai perancangan dalam usaha menambahkan trafik atau jumlah pembaca mStar dengan menjadikan hiburan dan artis sebagai platformnya.

Tags / Kata Kunci: Tajul , Ruhainies , Jom Santai

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan