Liza Hanim Bukan Lagi 20-an

Diterbitkan: Sabtu, 21 Oktober 2017 6:20 AM

Liza Hanim bakal berentap merebut gelaran juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang bakal bermula pada 29 Oktober ini. Foto IZZRAFIQ ALIAS

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Liza Hanim bimbang peminat akan meletakkan harapan tinggi terhadap kemunculan semulanya menerusi pertandingan Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang bakal bermula pada 29 Oktober ini.

Liza berkata kebimbangan itu wujud apabila ramai berganggapan kualiti vokalnya masih masa seperti mana ketika dia mula melibatkan diri sebagai penyanyi sekitar tahun 1997.

Jelasnya lagi, sejajar dengan peningkatan usianya yang kini mencecah 38 tahun selain sudah lama tidak aktif menyanyi vokalnya juga turut mengalami perubahan.

"Harapan peminat terhadap saya sangat tinggi dan ia membuatkan saya bimbang kerana mereka sangka saya masih Liza Hanim yang dahulu.

"Hakikatnya usia saya sudah hampir 40 tahun! Sudah tentu vokal saya juga sudah tidak sama seperti dahulu dan harap mereka tidak bandingkan suara saya sekarang dengan dahulu," katanya.

Liza bimbang peminat membandingkan vokalnya seperti diawal kemunculannya sebagai penyanyi.

Pemenang Anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu Gelisah Mimpi pada Anugerah Juara Lagu ke-17 (AJL17) ini, bagaimanapun berkata, dia tidak menjadikan perubahan vokal dan usia sebagai alasan untuk berjaya dalam GV4.

Sebaliknya kata Liza, dia kini sedang giat berlatih dan menghadiri kelas vokal bersama Cikgu Syafi bagi mengasah kembali suaranya.

Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim ini berkata, sokongan padu daripada suami yang juga bekas anggota kumpulan Indigo, Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau Shah membuatkan dia lebih yakin untuk beraksi.

"Jujurnya, semua ini berbalik kepada keizinan suami dan Alhamdulillah Shah memang memberikan sokongannya untuk saya sertai GV4 dan kembali aktif sebagai penyanyi," ujarnya.

Sementara itu, Liza memberitahu dia gementar untuk berentap dengan idolanya iaitu Aishah kerana terlalu menghormati penyanyi itu.

Liza gementar bakal berentap dengan idolanya, Aishah.

"Aishah adalah penyanyi kegemaran saya dan sebelum ini selalu juga saya nyanyikan lagu-lagunya.

"Apabila dapat satu pentas dan perlu berentap pula dengannya saya jadi gementar tetapi saya tanamkan dalam diri ini adalah pertandingan dan biarlah rezeki menentukan," jelasnya.

Selain Liza dan Aishah, empat lagi peserta wanita yang turut bertanding adalah Haida, Elyana, Syura dan Raja Azura manakala Aqasha, Ferhad, Tia Jinbara, Lan Kristal, Firman serta Hazami wakil peserta lelaki.

GV4 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 29 Oktober ini dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Ia juga turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Tags / Kata Kunci: Liza Hanim , GV4

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan