“Saya Tak Nak Shahir, Dah Ada Pemain Bola” – Mona Syamimi

Diterbitkan: Jumaat, 20 Oktober 2017 3:14 PM

Mona akui kini sudah ada kekasih baru.

(Ubah saiz teks)

BELUM pun reda isu mengaitkan penyanyi Shahir Zawawi dengan seorang pramugari iaitu Mona Syamimi Mohd Samsudin, timbul pula desas-desus mengenai status wanita itu yang didakwa seorang ibu tunggal.

Mona, 27, ketika dihubungi mengakui dakwaan bahawa dia pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata hasil daripada perkahwinan terdahulu.

"Ya benar saya berstatus ibu tunggal dan mempunyai dua anak.

"Saya pernah berkahwin pada tahun 2009 tapi hubungan itu tidak berpanjangan," ujarnya kepada mStar Online, Jumaat.

“Jangan Jadi 'Fake' La Shahir” – Mona Syamimi Turut Terima Mesej Romantik

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan netizen bahawa dia sorang ibu tunggal dan kini sedang berkawan dengan seorang pemain bola sepak Terengganu.

Mona sudah tidak mahu Shahir.

Mona berkata, kenyataan yang diberikan kepada media bukan untuk menjatuhkan maruah mana-mana pihak sebaliknya mahu membersihkan nama dan maruahnya.

"Saya buat kenyataan itu adalah untuk mempertahankan diri saya. Saya juga akui perkara itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan saya dengan kekasih baharu iaitu Mohd Ridzuan.

"Saya sudah tidak mahu dengan Shahir dan kini berkawan dengan seorang pemain bola Terengganu. Mujur dia tahu tentang hubungan dengan Shahir dan memahami keadaan tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang dakwaan penyanyi Ewal yang dia pernah didekati oleh Mona, jelasnya, dia tidak mempunyai hasrat untuk menggoda penyanyi itu.

Katanya, dia mengenal Ewal dan Syamel sebelum mereka menyertai AF Megastar dan pernah keluar beramai-ramai.

"Saya kenal ramai artis bukan Shahir, Ewal dan Syamel sahaja. Tapi hubungan itu hanya kawan sahaja.

"Saya tidak pernah pun cuba mengurat Ewal kerana dia bukan taste saya," ujarnya.

Tambah Mona dia turut berkawan baik dengan penyanyi Shiha Zikir dan El iaitu penyampai radio Hot Fm.

Tags / Kata Kunci: Mona Syamimi , Shahir Zawawi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan