“Ia Hanya Luahan Peribadi Shahir” - Astro - Berita Hiburan | mStar

“Ia Hanya Luahan Peribadi Shahir” - Astro

Diterbitkan: Khamis, 19 Oktober 2017 11:40 PM

Shahir Zawawi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Stesen televisyen Astro memberi jaminan Shahir Zawawi tidak menarik diri dalam pertandingan akhir AF Megastar yang akan berlangsung Ahad ini.

Jurucakap Astro dalam satu kenyataan memaklumkan, status Shahir untuk menarik diri seperti dikongsi di laman Instagram miliknya hanya luahan peribadi dia sahaja.

“Kami di pihak penerbitan AF Megastar kini sedia maklum mengenai status yang dimuat naik oleh Shahir di ruangan media sosial beliau. Namun begitu, kami merasakan ia merupakan luahan peribadi Shahir, secara individu. 

“Setakat ini, kami boleh mengesahkan Shahir masih lagi salah seorang peserta rasmi program AF Megastar dan kami di pihak penerbitan sedang giat menyediakan kesemua peserta untuk konsert akhir yang bakal berlangsung pada hari Ahad,” ujarnya kenyataan itu yang dikeluarkan lewat malam Khamis.

Akhirnya Shahir Tarik Diri AF Megastar

mStar Default Image
Shahir dikaitkan dengan Mona Syamimi.

Pada petang Khamis, penyanyi iu mengumumkan hasrat untuk menarik diri selepas kontroversi hubungan cintanya dengan pramugari iaitu Mona Syamimi Samsudin menjadi tular. 

Penyanyi Aku Yang Berdosa itu menerusi Instagramnya memberitahu dia mengambil keputusan itu demi merealisasikan impian pihak yang cuba mensabotaj karier seni dia dengan bertujuan menutup periuk nasinya. 

Tambah Astro, pihaknya juga yakin Shahir mampu bersikap profesional dan menamatkan pertandingan berkenaan.

"Kami yakin Shahir merupakan seorang yang profesional dan akan menghargai setiap sokongan yang diberikan peminat beliau terutamanya sepanjang menyertai program ini,"  tambah kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: Shahir Zawawi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan