Bahaya Panggil Mila Jutawan

Diterbitkan: Rabu, 18 Oktober 2017 6:22 AM

Mila Jirin minta dia tidak dikaitkan sebagai jutawan. FOTO: Azman Ghani

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Mila Jirin yang kini berjaya dalam bidang perniagaan tidak selesa dengan gelaran jutawan yang diberikan oleh sesetengah pihak kepadanya. 

Mila atau nama sebenarnya Norsyamilla Jirin, 30, berkata, gelaran itu sedikit sebanyak boleh memberi impak negatif terhadap dia dan keluarga. 

"Alhamdulillah, perniagaan saya kini semakin baik. Namun, saya kurang selesa apabila ada orang panggil saya jutawan. 

"Bukan apa, nanti mungkin ada pihak yang berniat tidak baik terhadap saya dan keluarga. Agak bahaya sebenarnya," ujar Mila kepada mStar Online. 

Dia ditemui sewaktu sidang media Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2017 di Hotel Royal Chulan The Curve, Petaling Jaya pada Selasa.

Mila kini menjalankan perniagaan merangkumi produk kecantikan, pakej perkahwinan dan pakaian.

Antara mereka yang terlibat dalam Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2017.

Dalam pada itu, Mila turut meluahkan hasrat untuk membantu golongan belia mengikut jejak langkahnya dalam bidang perniagaan. 

Menurut Mila, segala pengalaman yang ada padanya mahu dikongsi dengan anak muda agar semakin ramai usahawan dapat dilahirkan. 

"Saya sebenarnya bermula dari kosong, bila dah ada di tahap sekarang, saya mahu kongsikan ilmu saya dengan belia di luar sana. 

"Saya juga mahu buka peluang untuk mereka menjadi ahli perniagaan dan memiliki perniagaan sendiri," katanya. 

Mengulas mengenai kerjaya seni, penyanyi itu mengakui masih lagi mencari material yang sesuai untuk tampil dengan single terbaharu.

 

Kata Mila, dia sebolehnya mahu menghasilkan lagu yang matang seiring dengan usia dan statusnya sekarang.

Dalam pada itu mengenai Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2017, ia dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam.

Saringan akan berlangsung pada 4 dan 5 November depan di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, manakala pertandingan akhir acara itu akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 11 November depan.

Selain Mila, antara artis yang akan membuat persembahan pada pertandingan akhir itu adalah Aina Abdul dan Dylea.

Tags / Kata Kunci: Mila

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan