Idayu Tak Pernah Dapat Pujian Itu

Diterbitkan: Selasa, 17 Oktober 2017 6:10 AM

Idayu tidak dapat menahan air mata apabila melihat peminatnya turut bangun dan memberi tepukan.

(Ubah saiz teks)

KETIKA diberi 'standing ovation' oleh Datuk Ramli Ms dan ruang dewan dipenuhi tepukan gemuruh, penyanyi Idayu dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.

Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, 32, berkata dia tidak menyangka dapat menerima pujian seperti itu sepanjang 12 tahun dalam industri seni. 

"Apabila saya diberi 'standing ovation' oleh Datuk Ramli MS dan dapat tepukan gemuruh daripada peminat membuatkan hati saya sedih. 

"Saya tidak dapat menahan air mata mengalir. Tambahan pula, Datuk Ramli kata dia tidak pernah beri tepukan sambil berdiri pada sesiapa.

"Sepanjang karier saya tak pernah dapat sokongan dan pujian seperti itu," kata Idayu kepada mStar Online..

Idayu tidak sangka menerima tepukan gemuruh daripada peminat.

Idayu diberi pujian tersebut selepas dia mempersembahkan lagu Kerna Ku Sanggup berduet bersama penyanyi Azharina dalam AF Megastar peringkat separuh akhir di Shah Alam malam Ahad lalu.

Ramli turut membuat pengakuan Idayu penyanyi pertama yang mendapat penghormatannya selama kerjaya dia dalam bidang seni.

Dalam pada itu, Idayu tidak meletakkan dirinya sebagai juara biarpun ramai pihak menjangka dia akan merangkul gelaran tersebut. 

"Saya tak pernah letakkan diri sebagai juara. Dapat sampai ke peringkat akhir ini pun dah cukup.

"Saya berusaha keras untuk mencapai tahap ini. Daripada saya ini bukan sesiapa, orang tak kenal siapa saya.

Barisan finalis AF Megastar, Syamel (dari kiri), Shahir, Marsha, Idayu dan Bob bakal merentap untuk mendapatkan gelaran juara.

"Sekarang saya kena usaha untuk buat orang kenal," ujarnya. 

Pada pusingan akhir yang akan berlangsung pada 22 Oktober ini, finalis diberi dua tugasan di mana mereka akan menyanyikan lagu baru dan lagu pilihan. 

Menurut Idayu, dia masih belum memilih lagu yang sesuai namun sudah mempunyai beberapa buah lagu baru ciptaan suaminya, Shahrul Fadzil.

Selain Idayu, empat lagi artis ke pentas final pertandingan itu ialah Syamel, Shahir, Marsha dan Bob.

Juara AF Megastar akan membawa pulang wang tunai RM100,000.

Tags / Kata Kunci: Idayu , AF Megastar

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan