Peminat Lamar Alvin Chong

Diterbitkan: Selasa, 17 Oktober 2017 6:00 AM

Alvin terkejut apabila ada peminat melamarnya di laman sosial. Foto Instagram: @alvinchong123

(Ubah saiz teks)

PELAKON Alvin Chong mendedahkan ada peminat yang berani melamarnya untuk menjadikan dia suami gara-gara terkesan dengan wataknya sebagai seorang lelaki mualaf.

Alvin, 26, berkata peminat tersebut meluahkan perasaan 'cinta' setelah menonton lakonannya dalam drama Awak Suka Saya Tak yang bersiaran di Astro Ria.

"Kelakar apabila ada peminat menghantar mesej peribadi di laman sosial mahu menjadikan saya suami.

"Dia melamar saya berkahwin dan beritahu tertarik dengan karakter lakonan saya kerana menyangka saya benar-benar seperti dalam watak tersebut.

Alvin Chong Bimbang Peminat Keliru Status Agamanya

Peminat tertarik dengan karakter watak yang dilakonkan oleh Alvin dalam drama Awak Suka Saya Tak.

"Bagaimanapun, saya anggap itu hanyalah gurauan dan usikan manja mereka, tak ambil serius pun!," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Drama Awak Suka Saya Tak turut menampilkan pelakon Emma Maembong, Sabhi Saddi dan Rebecca Nur Al Islam.

Dikritik kerana membawa watak seorang lelaki mualaf bernama Hilman, Alvin mengakui tidak tertekan dengan komen yang dilemparkan.

Bagaimanapun, dia sedikit terkilan kerana ada yang mempertikaikan watak lakonannya dan menganggap dia mempermainkan agama Islam.

Alvin dan Fattah bersahabat baik sejak bergandingan bersama dalam drama Suri Hati Mr Pilot.

"Saya perlu menyebut beberapa kalimah suci dalam drama tersebut, namun ingin saya tegaskan ia hanyalah lakonan semata-mata.

"Saya tahu apa yang saya lakukan dan yakin penonton juga bijak untuk menilai.

"Kalau ada rasa tak puas hati, tak perlu komen menghentam di laman sosial. Jumpa dan terus beritahu saya," katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Alvin sedang bersiaran menerusi program The House bergandingan bersama pelakon Fattah Amin.

Selain itu, dia bakal memulakan penggambaran sebuah filem berbahasa Mandarin yang membabitkan usahasama syarikat produksi dari Hong Kong.

Tags / Kata Kunci: Alvin Chong

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan