Syazwan! Mana Surat Kena ‘Ban’?

Diterbitkan: Isnin, 16 Oktober 2017 1:31 PM

Syazwan meluahkan rasa kesalnya kepada Seniman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: “Syazwan! Mana surat kena ban?”  Itu pertanyaan Zed Zaidi merujuk kepada keluhan pelakon Syazwan Zulkifly tidak mendapat pembelaan kononnya dilarang muncul di sebuah stesen televisyen. 

Zed yang merupakan Presiden, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata, aktor itu masih tidak faham pihaknya bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan bukannya buat kerja sesuka hati.

Dalam kes ini katanya, Seniman tidak menerima apa-apa aduan daripada Syazwan sebaliknya sekadar mendengar rungutan dia di laman sosial. 

“Contonya mudah saja. Nak suruh polis bertindak, pergilah buat laporan polis secara rasmi. Ini tidak… tak ada pun borang aduan secara rasmi kami terima? 

“Nak harap kita dengar masalah dia di media dan ambil tindakan, bukanlah semua benda kita tahu kerana kita ada 6,000 ahli,” tegasnya ketika menghubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Tiada Siapa Bantu Syazwan Digam

Zed Zaidi.

Zed mengulas rungutan Syazwan yang kesal dengan persatuan itu kerana tidak membela dirinya selepas mendakwa disenaraihitamkan oleh sebuah stesen televisyen gara-gara perselisihan faham antara dia dengan pengacara stesen berkenaan. 

Malah Syazwan juga merasakan tidak berbaloi yurannya sebanyak RM50 setahun dibayar kepada Seniman sedangkan dia tidak mendapat apa-apa faedah.

Dalam pada itu Zed berkata, jika benar tuduhan Syazwan itu, pihaknya ingin melihat surat pengharaman berkenaan untuk mengkaji alasan mereka melakukan perkara sedemikian. 

Bagaimanapun jika tiada surat tersebut, ia mugkin disebabkan persepsi pelakon itu sendiri ataupun tiada rezeki untuk dia muncul di stesen televisyen itu. 

Zed mengambil contoh pihaknya berjaya menyelesaikan masalah Syazwan yang nyaris disaman oleh sebuah syarikat produksi sebelum ini selepas Seniman menjadi orang tengah. 

Ia bukti persatuan itu tidak pernah pun menyisihkannya. 

Mengenai yuran tahunan sebanyak RM50 yang dianggap tidak mendatangkan apa-apa faedah, Zed berkata, bayaran berkenaan melayakkan semua ahli Seniman dilindungi insuran kemalangan.

“Bayaran RM50 tu setahun. Bukan sebulan? Selama ni (artis) dapat duit berpuluh-puluh ribu ringgit,  takkan RM50 setahun nak bayar pun tak mampu?” tegurnya.

Sehubungan itu Zed meminta Syazwan atau mana-mana artis yang tidak puas hati dalam sesuatu perkara agar berjumpanya secara berdepan dan bukan merungut di media sosial.

Tags / Kata Kunci: Zed Zaidi , Syazwan Zulkifly

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan