Isteri Minat Kpop, Bulan Madu Di Korea

Diterbitkan: Isnin, 16 Oktober 2017 2:39 PM

Mohd (Mnetor) menjadi suami kepada Nurul Asyiqin pada Sabtu lalu dengan sekali lafaz.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Mohd yang lahir dari program realiti Mentor berhasrat memenuhi impian isterinya untuk berbulan madu ke Korea Selatan tidak lama lagi. 

Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 29, berkata isterinya merupakan seorang peminat K-pop dan sememangnya mengimpikan untuk melawat negara itu. 

"Sebenarnya pasal bulan madu ni tak fikir apa lagi, tapi InsyaAllah akan ke Korea Selatan. 

"Isteri saya memang suka benda-benda berkaitan Korea. Jadi saya nak bawa dia berbulan madu di sana," ujarnya kepada mStar Online.

Mohd (Mentor) Tak Sabar Nak Ada Anak

Sah sebagai suami-isteri.

Mohd dengan sekali lafaz selamat menjadi suami kepada Nurul Asyiqin Zaidi, 23, pada Sabtu lalu. 

Nurul Asyiqin bekerja sebagai pentadbir eksekutif sebuah syarikat swasta.

Pada akad nikah itu, Mohd menyerahkan mas kahwin RM3,000 manakala RM20,000 sebagai wang hantaran.

Majlis akad nikah dan resepsi diadakan pada hari yang sama di Dewan Recsam, Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor, Pulau Pinang.

Menurut Mohd, dia gembira kerana percintaan selama empat tahun akhirnya berakhir dengan ikatan yang sah.

"Saya rasa bahagia. Dulu saya seorang diri, sekarang sudah hidup berdua.

"Selepas ini harapnya semakin bertambah ahli keluarga sebab saya mahu anak ramai," ujarnya.

Dalam pada itu, majlis bertandang sebelah keluarga Mohd akan diadakan di Johor pada Disember depan.

Katanya, faktor kekangan masa menyebabkan dia terpaksa membuat majlis bertandang pada hujung tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Mohd Mentor

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan