Maya Karin Tak Ingin Berlakon Drama - Berita Hiburan | mStar

Maya Karin Tak Ingin Berlakon Drama

Diterbitkan: Isnin, 16 Oktober 2017 6:15 AM

Maya Karin tidak berkeinginan untuk berlakon dalam drama atau pun drama bersiri. Foto ZAHID IZZANI

(Ubah saiz teks)

SEJAK melibatkan diri sebagai anak seni 17 tahun lalu, pelakon Maya Karin mendedahkan dia tidak pernah terlibat dalam sebarang projek telefilem atau pun drama bersiri.

Maya, 37, berkata, sepanjang tempoh itu dia sebenarnya banyak menerima tawaran daripada pihak produksi namun dia tiada keinginan untuk menjadi pelakon televisyen.

"Entahlah... sehingga sekarang hati saya belum terbuka untuk berlakon dalam drama atau pun drama bersiri.

"Pernah dulu saya hampir buat sebuah drama bersiri tetapi akhirnya ia terpaksa dibatalkan kerana ia bercanggah dengan jadual saya ketika itu.

Maya Karin akan berlakon dalam teater Tun Fatimah yang akan dipentaskan pada 20 dan 21 Oktober ini.

"Rasanya belum rezeki saya untuk tampil di televisyen," katanya.

Kata Maya lagi, keputusannya itu bukanlah disebabkan dia besar kepala kerana namanya lebih menyerlah sebagai pelakon filem sebaliknya merasakan dia perlu fokus terhadap sesuatu perkara sahaja.

Malah katanya lagi, pada tahap sekarang dia lebih bersikap selektif terhadap tawaran baik filem ataupun drama kerana fokusnya kini bukan semata-mata kepada lakonan.

"Seperti semua tahu saya ada perniagaan yang perlu saya uruskan dan tumpuan terhadap lakonan tidak lagi seratus peratus.

"Sebab itu saya selektif dan fokus kepada filem sahaja kerana kebiasaannya pun saya hanya ambil satu projek sahaja dan masa selebihnya tumpuan kepada perniagaan," jelasnya.

Maya bergandingan dengan Remy Ishak.

Bagaimanapun kata Maya, itu tidak bererti dia terus menutup pintu hatinya untuk membuat kemunculan dalam mana-mana projek telefilem dan drama bersiri selepas ini.

"Kita tidak tahu apa menanti pada masa hadapan. Insya-Allah jika ada nashkah sesuai dan kena pada waktunya, mengapa tidak?," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Maya bakal muncul menerusi teater Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka yang bakal dipentaskan di Panggung Bangsawan Melaka pada 20 dan 21 Oktober ini pada pukul 8 malam.

Tiket bagi menyaksikan Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka berharga RM50 hingga RM150 boleh didapati di Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka atau menghubungi talian 06-2346617.

Tags / Kata Kunci: Maya Karin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan