Macam-Macam Hadiah Jom Santai Ruhainies & Tajul

Diterbitkan: Jumaat, 13 Oktober 2017 1:00 PM

Ruhainies dan Tajul akan memeriahkan mStar Jom Santai pada 21 Oktober ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelbagai acara akan diatur pada majlis minum petang mStar Jom Santai Bersama Ruhainies dan Tajul yang akan diadakan di Cartel Coffee Shop, Bangi pada 21 Oktober ini. 

Selain dapat beramah mesra dengan artis, peminat yang turut serta akan berpeluang menyertai beberapa permainan menarik yang menjanjikan hadiah misteri. 

Permainan mudah yang akan dilakukan nanti tentu saja dapat membangkitkan suasana luar biasa antara artis dan juga peminat. 

Selain hadiah daripada pihak penganjur, penaja acara ini iaitu pemilik produk Chew n Glow juga bersedia untuk menghadiahkan barangan berkenaan kepada peserta untuk mencubanya. 

Lebih menarik, Pengarah Urusannya iaitu Izdihar Rosland juga akan membuat kejutan pada acara itu dengan memberikan hadiah sampingan lain.

Ruhainies dan Tajul (tengah) bersama penaja iaitu Idzihar Rosland (kiri) pemilik produk Chew n Glow dan Muhammad Hakim dari Cartel Coffee Shop.

Dalam pada itu kelab peminat dua artis berkenaan berjaya mengumpulkan ahli mereka untuk sebagai usaha memberi sokongan kepada artis mereka itu. 

Namun pihak mStar juga turut membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berhasrat memenuhi waktu hujung minggu dengan menyertai acara ini. 

Dengan bayaran RM30, peserta bukan sahaja akan memperoleh baju T sumbangan mStar secara eksklusif sebaliknya beberapa hadiah daripada penaja lain. 

Kepada yang berminat, anda boleh menghubungi pihak mStar dengan menyertakan nama, alamat dan nombor telefon dan hantar menerusi e-mel di alamat:  social_mstar@thestar.com.my

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 03-79671388 sambungan 1872.

Tarikh akhir penyertaan  pada 19 Olktober 2017. Ayuh… jangan berlengah lagi.

Acara ini akan bermula pukul 3 petang sehingga 7 malam.

Tags / Kata Kunci: Ruhainies , Tajul , Jom Santai

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan