Maya Karin Tidak Takut Dibandingkan Dengan Farahdhiya

Diterbitkan: Khamis, 12 Oktober 2017 6:00 AM

Maya bergandingan dengan Remy Ishak dalam teater Tun Fatimah.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Maya Karin tidak takut dibandingkan dengan Farahdhiya yang turut memegang watak Tun Fatimah dalam dua teater berasingan yang akan dipentaskan tidak lama lagi.

Jelas aktres berusia 37 tahun ini, dia hanya mengetahui perkara itu setelah memulakan latihan untuk teater Tun Fatimah baru-baru ini.

"Sewaktu latihan untuk teater Tun Fatimah baru saya dapat tahu yang Farahdhiya pun akan pegang watak sama dalam teater Bahara Emas.

"Takut atau tak... saya tiada pilihan. Saya cuma boleh bagi yang terbaik versi saya," ujarnya kepada mStar Online.

Maya gementar memegang watak Tun Fatimah yang memerlukan dia bersilat. 

Apa yang lebih menarik, dua teater itu turut berlangsung pada tarikh yang hampir sama.

TeaterTun Fatimah akan dipentaskan pada 20 hingga 21 Oktober di Panggung Bangsawan Melaka manakala Bahara Emas akan berlangsung pada 19 hingga 22 Oktober ini bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Maya berkata dia berasa gementar untuk pementasan teater kali ini.

Jelasnya, ini adalah kali pertama dia perlu bersilat dan perkara itu sememangnya memberi satu cabaran buat dirinya.

Mengulas mengenai gandingan bersama Remy Ishak, Maya mengakui selesa bekerjasama dengan aktor itu.

Farahdhiya turut memegang watak yang sama dalam teater Bahara Emas. Foto SHAARI CHE MAT.

"Ini adalah gandingan keempat kami. Sebelum ini saya sudah berlakon dalam dua filem dan satu teater dengannya.

"Remy sebenarnya seorang yang kelakar, sempoi dan suka menyakat saya. Jadi, saya memang tiada masalah kerja dengan dia," ujarnya lagi.

Bercakap mengenai perkembangan muzik, aktres jelita ini mendedahkan dia sudahpun merancang untuk projek terbaharu.

Katanya, dia akan memulakan sesi rakaman untuk sebuah lagu berentak balada pop hasil ciptaan Awi Rafael tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Maya Karin , Tun Fatimah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan