Fathia Kena Lagi, Tak Faham Tajuk Berita Pula

Diterbitkan: Khamis, 12 Oktober 2017 1:02 PM

Fathia Latiff.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS reda dengan kontroversi menari di aplikasi Bigo Live, pelakon Nur Fathia Latiff pada Khamis dikecam sekali lagi apabila kesilapannya mentafsir tajuk berita dari The Star Online.

Pelakon Ariana Rose itu berpendapat berita bertajuk "Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050" yang disiarkan pada Rabu itu sebagai tidak relevan kerana negara tidak lagi menggunakan wang bagi sesuatu urusan pada tahun berkenaan.

"Kita nak jadi macam zaman batu balik ke?, buat sistem barter balik. Kau bagi aku TV, aku bagi kau basikal. Takut," tulisnya dengan memuat naik paparan skrin berita berkenaan.

Fathia Menari Di Bilik Mandi, Tak Sedar Video 'Bocor'

Bagaimanapun, menyedari kesilapan tersebut, Fathia memuat naik status menjelaskan perkataan cashless membawa pelbagai maksud.

"Cashless: broad meaning. Nak tulis tajuk biar teghang (terang). Ni bukan tulis gossip," tulisnya.

Rata-rata netizen menganggap pelakon berkenaan tidak faham maksud perkataan itu malah tidak membaca berita tersebut terlebih dahulu sebelum memberi pendapatnya.

Status itu turut mendapat lebih 300 komen negatif netizen dan 600 ulang siar di Twitter.

Cashless society bermaksud masyarakat tanpa tunai iaitu menjalankan transaksi jual beli secara digital atau menerusi kad debit atau kredit.

Malah, pelakon Redza Minhat turut menegur Fathia bahawa ayat cashless yang digunakan dalam artikel berkenaan adalah ayat yang sebetulnya mengikut terma.

Katanya lagi, Fathia sepatutnya tidak menjejaskan kredibiliti seorang pelakon dengan kenyataan-kenyataan sebegitu.

"Ia adalah perkataan yang betul. Kamu betul, berita itu adalah sebuah berita dan bukannya gosip, jadi bacalah seperti sebuah berita," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Fathia Latiff

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan