Mell (Sakura Band) Sahkan Peluk Islam - Berita Hiburan | mStar

Mell (Sakura Band) Sahkan Peluk Islam

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 3:08 PM

Mell (Sakura Band) mengesahkan dia telah memeluk agama Islam, baru-baru ini. Foto Instagram: @MellSakura

(Ubah saiz teks)

ALHAMDULILLAH... Vokalis kumpulan Sakura Band, Mell mengesahkan telah memeluk agama Islam, baru-baru ini.

Menerusi satu posting di laman Instagram, Mell atau nama sebenar Melly Matius, memuat naik swafoto dia menggayakan tudung berwarna merah jambu.

"Assalamualaikum semua, thank you yang wish birthday Mell. Semoga Allah S.W.T merahmati kamu #misiyakiniku," tulisnya menerusi akaun @mellsakura.

Mell Sakura berkata ibunya menjadi pendorong penghijrahan terbesar dalam hidup.

Sementara itu, Mell ketika dihubungi mStar Online berkata, dia mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam setelah mendapat sokongan ibunya, Nur Batrisyah, 46.

"Alhamdulillah, ini keputusan saya untuk memilih agama Islam sebagai panduan hidup.

"Ibu juga merupakan seorang mualaf dan dia banyak memberi dorongan dan menyokong keputusan saya ini.

"Bersempena hari lahir saya yang ke 29, saya beranikan diri untuk memaklumkan mengenai status agama saya," katanya.

Mell bersama ahli kumpulan Sakura Band.

Bagaimanapun, Mell yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, tidak mahu mengulas lanjut mengenai penghijrahannya ini kerana perlu menjaga hati beberapa pihak.

Tambahan pula, isu agama agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka di negara ini.

Semoga Mell istiqamah dalam penghijrahan dan menjadi seorang muslimah sejati.

Tags / Kata Kunci: Mell Sakura Band
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan