Bapa Iqram Dinzly Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 10:45 AM

Iqram Dinzly menemani bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said ketika berada di hospital. Foto Instagram @iqramdinzly

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas bapa kepada pelakon Beego iaitu Khalib Abd Majid, 72, meninggal dunia pada Isnin, berita sedih serupa turut dikongsi oleh Iqram Dinzly yang kehilangan bapanya pada Selasa.

Iqram, 35, menerusi Instagram miliknya memaklumkan bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said meninggal dunia pada 5.35 pagi Selasa dan akan dikebumikan di Ipoh, Perak.

"Assalammualaikum. Alkisahnya #papakuterlantarlagi berakhir pukul 5.35 pagi tadi. Selamat pulang menghadap Illahi wahai ayahandaku, Allahyarham Muhammad Saipuddin Bin Dato Seri Haji Ahmad Said," tulisnya.

"Jenazah akan dikebumikan hari ini (Selasa) juga tanpa dilengahkan masa," tulisnya.

Allahyarham yang menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi turut diserang angin ahmar pada 20 Jun lalu dan kesihatannya merosot sejak itu.

Iqram juga sering mengemas kini mengenai perkembangan kesihatan bapanya di Instagram.

Dalam pada itu, Iqram berkata, sebagai anak dia sudah melakukan yang terbaik bagi menjaga bapanya sepanjang arwah terlantar sakit.

"Saya sudah melakukan yang terbaik sebagai anak walapun saya bukanlah anak terbaik. Semoga Papa berehat.

"Minta maaf kerana tidak selalu dapat bersama dan tidak menjadi anak yang baik kepada Papa dan Mama.

"Saya berharap suatu hari nanti kita akan bertemu lagi," tulisnya lagi.

Allahyarham ialah anak kepada bekas Menteri Besar Perak ke-empat iaitu Datuk Seri Ahmad Said.

' Ill do my best for being a good son even im the worst among the best . Rest well papa ... rest well . Sorry for not being there all the time . Sorry coz i never been a good son to u & mama . I hope we will meet up again soon . Good bye #papadinzly . Goodbye ! Assalammualaikum . πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ Alkesahnya #papakuterlantarlagi berakhir jam 5.35 pagi tadi . Selamat pulang menghadap Illahi wahai ayahandaku , Allahyarham Muhammad Saipuddin Bin Dato Seri Haji Ahmad Said . Jenazah akan dikebumikan hari ni juga tanpa dilengahkan masa . Hamba memohon maaf sekiranya ayahanda hamba ada khilaf sepanjang hayatnya . Malah sekiranya ada hutang yang ada , sila beritahu hamba hendaknya . Doakan segala urusan , ujian & dugaan ini dipermudahkan . Dan terima kaseh kepada semua yang sudi mendoakan sepanjang Al Kesahnya #papakuterlantarlagi & membantu kami sekeluarga #dinzlyfamily . Assalammualaikum wbt . βœŒοΈπŸ˜œπŸ–€πŸ™ŒπŸ»β¬›οΈβ˜ΊπŸ‘

A post shared by DR. Princhiqy Dinzly (@iqramdinzly) on

Tags / Kata Kunci: Iqram Dinzly

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan