‘Kantoi’ Lagi… ‘Clever Girl’ Terus Dikritik

Diterbitkan: Isnin, 9 Oktober 2017 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

PROGRAM uji minda Clever Girl Malaysia kecoh lagi apabila video seorang peserta dari Selangor iaitu Shazana memberi jawapan sebelum soalan tamat pula menjadi tular.

Menerusi siaran itu Jumaat lalu, tindakan Shazana Kamarzaman, 24, menjawab soalan sebelum ia habis dibaca oleh penasihat pertandingan itu, Datin Sharifah Shawati menimbulkan kemarahan netizen.

Menerusi soalan ketiga pada pusingan kedua itu, Shawati mengemukakan soalan karya manakah tulisan Usman Awang sama ada A) Salina atau B) Jiwa Hamba?

Bagimanapun Shazana terus menekan butang untuk menjawab soalan tanpa sempat Shawati membacakan jawapan seterusnya.

Kiera Mohon Maaf Cetus Spekulasi Negatif

Kiera Berdepan Tindakan Jika Terus Sebar Fitnah – TV3

Tindakan Shazana yang hanya menjawab B tanpa mengetahui apakah jawapan pada B selepas disoal oleh hos Alif Satar ternyata membuatkan penonton marah.

Rata-rata netizen menyifatkan 'soalan bocor' seperti yang didakwa oleh bekas peserta yang menarik diri daripada program tersebut iaitu Keira ialah sesuatu yang benar-benar berlaku.

Pada minggu semi final itu menyaksikan Shazana layak ke peringkat akhir bersama seorang peserta mewakili negeri Perak iaitu Sara.

Dalam pada itu, pengarah drama Shahrulezad Mohameddin turut mencadangkan TV3 tidak menyiarkan program berkenaan secara langsung pada musim akan datang.

Katanya, kejadian yang berlaku ini hanya akan menjejaskan kredibiliti peserta dan program itu sendiri.

Sementara itu, peserta yang tersingkir pada minggu berkenaan iaitu Shaza berkata, tuduhan soalan bocor itu tidak benar sama sekali.

Shaza atau nama sebenarnya Nurul Shazalina Zainudin, 30, berkata, jika benar perkara berkenaan terjadi, sudah tentu dia masih berada dalam program tersebut.

Shaza gagal mara ke peringkat final Jumaat ini.

"Saya baca komen rata-rata netizen tuduh kami semua peserta diberi set soalan, tinggal hafal sahaja jawapan. Kalau begitulah, sudah pasti saya masih selamat, sebab saya memang kaki hafal. Senang betul saya nak menang RM100,000 tu.

"Masyarakat kita sakit dengan syak wasangka dan fitnah. Begitu mudah anda semua percaya tanpa ada bukti. Janganlah kerana kesilapan kecil atau cerita yang tiada bukti, anda pukul rata semua peserta," kongsinya di Instagram pada Isnin.

Fikiran Kosong Punca Shaza 'Clever Girl' Tersingkir

Terdahulu pada 25 September lalu, peserta graduan Universiti Oxford menarik diri daripada program berkenaan dan mendakwa terdapat pilih kasih dan 'soalan bocor' dalam program berkenaan.

Bagaimanapun, peserta itu telah menarik balik dakwaan tersebut dan memohon maaf terhadap perkara berkenaan.

Pihak TV3 menerusi satu kenyataan juga menafikan tuduhan itu dan menganggap ia sebagai fitnah semata-mata.

Program final Clever Girl Malaysia terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS) akan bersiaran secara langsung pada Jumaat ini, pukul 9 malam.

Tags / Kata Kunci: Clever Girl Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan