Pelakon Beego Hilang Ayah

Diterbitkan: Isnin, 9 Oktober 2017 5:39 PM

Beego

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon Beego iaitu Khalib Abd Majid, 72, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kegagalan buah pinggang dan paru-paru, kira-kira pukul 10.30 pagi, Isnin.

Beego atau nama sebenarnya, Beego atau nama sebenar Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 37, berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Johor Bahru untuk urusan pengebumian, selepas disembahyangkan di Masjid Bukit Antarabangsa, selepas Asar.

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu akibat sakit kencing manis dan kaki kanannya terpaksa dipotong.

"Selepas itu, keadaan dia agak stabil tapi malam tadi tiba-tiba tekanan darah rendah dan dia dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehinggalah pagi tadi Allahyarham disahkan meninggal akibat pelbagai komplikasi," ujarnya kepada mStar Online, Isnin.

Keadaan kesihatan bapa Beego beberapa hari sebelum meninggal dunia yang dikongsi oleh Beego di Instagram miliknya.

Beego berkata, dia turut terkilan tidak dapat berada disisi bapanya berikutan berada di Johor Bahru bagi menguruskan majlis perkahwinan ahli keluarga lain.

Dalam pada itu, Beego berkata, dia reda dengan pemergian bapanya yang sudah lama menderita akibat penyakit berkenaan.

"Saya di Johor sejak dua hari lalu kerana mewakilkan keluarga ke kenduri saudara kami. Malam tadi dapat berita ayah kritikal dan pagi ini pula meninggal dunia. Sebelum ini dia ada berpesan agar saya jaga isteri dan rumah tangga baik-baik dan jangan abaikan adik beradik lain.

"Jadi saya tunggu sahaja jenazah dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Aliff, Johor Bahru, Insya-Allah malam ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Beego

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan