Filem Dulu, Novel Kemudian – Beto Kusyairy

Diterbitkan: Sabtu, 7 Oktober 2017 6:10 AM

Beto menjelaskan perkara tersebut menerusi akaun Twitternya. Foto AZMAN GHANI.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Beto Kusyairy menjelaskan bahawa filem Bisik Pada Langit bukan filem yang diadaptasikan dari novel seperti yang disangkakan penonton.  

Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 37, berkata novel itu ditulis selepas selesai penggambaran yang pada awalnya untuk siaran Astro pada tahun lalu.

"Ramai punyai tanggapan yang salah. Sebenarnya, naskhah #BisikPadaLangit ini bukan adaptasi dari novel tetapi sebaliknya.

"Penulis novel itu yang mengadaptasi skrip dan lakon layar naskhah ini setelah selesai penggambaran yang asalnya dibikin untuk siaran di Astro tahun lepas. 

Status yang dimuat naik Beto di Twitter mendapat perhatian netizen. 

"Namun atas faktor pengisian yang positif, pihak penerbit dan produksi sepakat untuk mengangkatnya ke sinema yang hanya boleh ditayangkan kini.

"Maka ramai yang keliru dan menganggap BPL adaptasi novel kerana novel itu berada di pasaran lebih awal. Sekali lagi, BPL bukan adaptasi novel," kata Beto.

Beto memuat naik status penjelasan tersebut di laman Twitter selepas ramai penonton yang keliru disebabkan novel tersebut berada di pasaran terlebih dahulu. 

Selain Beto, filem tersebut juga dibintangi oleh Jalil Hamid, Datin Fadilah Mansor, Naim Daniel dan Erwin Dawson. 

Barisan pelakon utama Bisik Pada Langit. 

Filem arahan Khabir Bhatia ini mula ditayangkan pada 21 September lalu dan sehingga kini masih berada di pawagam selepas menerima sambutan yang hangat. 

Dalam pada itu, menerusi entri terbaru di Instagram, Beto berterima kasih atas sokongan penonton yang meluangkan masa dan berbelanja untuk menonton filem tersebut di pawagam. 

"Alhamdulilah, hari ini genaplah dua minggu #BisikPadaLangit berada di pawagam. 

"Terima kasih kepada semua yang susah payah mencari masa dan berbelanja untuk menonton naskhan ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Beto Kusyary , Bisik Pada Langit

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan