Fattah Amin Lancar ‘1234U’

Diterbitkan: Jumaat, 6 Oktober 2017 4:55 PM

Fattah Amin lancar lagu baharu berjudul '1234U' yang turut menampilkan Fazura dalam muzik video berkenaan.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS single pertama Wanita Terakhir mendapat sambutan, pelakon Fattah Amin pada Jumaat membuat kejutan dengan melancarkan lagu terbaharunya berjudul
1234U.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 27, terlebih dahulu mengumumkan mengenai hasrat untuk berkongsi lagu itu melalui Instagram miliknya sebelum muzik video berkemaan dilancarkan secara rasmi pada pukul tiga petang di YouTube.

Menurut pelakon Hero Seorang Cindarella ini, lagu 1234U merupakan salah satu lagu runut bunyi bagi telefilem baharunya bersama Nur Fazura berjudul Wanita Terindah.

"Hari ni saya akan lancarkan muzik video single terbaru saya, 1234U, yang merupakan salah satu lagu dalam telefilem Wanita Terindah. Music video ini akan disiarkan pada jam 3 pm di saluran YouTube Fastyleasia," ujarnya.

Fattah bersama pelakon kanak-kanak Adam Mika.

Tambah Fattah, lagu tersebut dicipta oleh oleh Aizat Amdan, Anas Amdan, dan Mel Ramlan yang turut bertanggungjawab membuat single pertamanya, Wanita Terakhir.

Muzik video lagu itu turut menampilkan Fazura dan pelakon kanak-kanak Adam Mika yang merupakan pelakon bagi telefilem itu.

Muzik video berkenaan juga mendapat lebih 4,000 tontonan selepas beberapa jam dimuat naik, manakala rata-rata peminatnya memberi komen positif memuji lagu berkenaan.

"Sangat menarik, lagu yang comel dan lain dari yang lain," tulis salah seorang pengikutnya di Instagram.

Seorang lagi pengguna instagram bernama @suryatimolok berkata, lagu itu mempunyai lirik dan melodi yang bagus dan senang untuk dihafal.

Dalam pada itu, Fattah memaklumkan telefilem Wanita Terindah akan mula ditayangkan di Astro First saluran 480 bermula 2 November depan.

Tags / Kata Kunci: Fattah Amin

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan