Kemunculan Semula Elite

Diterbitkan: Khamis, 5 Oktober 2017 6:00 AM

Sasha rancang untuk membuat kemunculan semula bersama kumpulan Elite. Foto RICKY LAI

(Ubah saiz teks)

SEORANG anggota kumpulan Elite iaitu Sasha Saidin berkata dia bersama anggota kumpulan itu merancang untuk membuat kemunculan semula selepas persembahan mereka menjadi tular baru-baru ini.

Sasha berkata, mereka terkejut persembahan ketika menyanyikan lagu Manisnya Senyumanmu semasa persandingan kedua Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta Abby Abadi dan Mohd Faizal Zakaria pada 24 September lalu.

"Memang terkejut juga apabila video persembahan kami itu tular di media sosial malah terharu apabila kami mengetahui Elite masih mempunyai peminat yang ramai.

"Budak-budak pun ada yang kenal Elite mungkin pengaruh daripada ibu-bapa mereka yang memasang lagu kami.

"Saya pun sebenarnya sedang merancang untuk menyatukan kembali semua ahli Elite dan masing-masing bersetuju," katanya kepada mStar Online.

Anggota asal kumpulan Elite; (dari kiri) Sasha, Watie, Abby, Linda dan Azza.

Dalam pada itu, Sasha berkata, dia menyifatkan video itu menjadi tular kerana kesemua anggota Elite masih aktif dalam industri hiburan dan merindukan untuk melihat mereka beraksi sebagai sebuah kumpulan.

"Anda tidak boleh mengelak daripada kami... hahaha. Sebenarnya persembahan itu tidak dirancang pun dan kami naik ke pentas selepas mendapat permintaan daripada penganjur dan persetujuan Abby.

"Walaupun Abby tidak mahu lagi menyanyi tetapi dia sempoi melayan karenah kami dan kami memang seronok sangat.

"Sudah lama kami semua anggota asal tidak bersatu di atas sebuah pentas dan peminat rindu untuk melihat kami sejak sekian lama," katanya.

Sementara itu, Sasha berkata, dia sudah menerima tiga buah lagu daripada seorang komposer dan sedang berbincang dengan rakan-rakannya yang lain untuk memilih lagu sesuai.

Pun begitu kata Sasha, mereka tidak terburu-buru untuk melancarkan lagu terbaharu kerana paling penting mereka merancang strategi dengan betul agar kemunculan semula meninggalkan impak.

Sasha tidak mahu terburu-buru dengan idea kemunculan semula Elite.

"Saya tidak mahu hanya sekadar lancarkan lagu baru dan lepas itu kami kembali buat hal masing-masing tetapi ingin buat bersungguh-sungguh termasuk mengadakan persembahan jelajah di seluruh Malaysia.

"Rindu sangat hendak berjumpa peminat dan mengadakan persembahan dan kalau boleh perancangan ini dirancang dengan teliti dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga," katanya.

Selain Sasha, Elite turut dianggotai oleh Azza, Watie Sadali dan Linda Rafar.

Sepanjang penglibatan mereka dalam industri muzik Elite pernah menghasilkan empat buah album iaitu Catwalk (1996), Tamparan (1998), Idola (1999) dan Merbahaya (2000).

Tags / Kata Kunci: Elite , Sasha Saidin

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan