“Jangan Salahkan Fara Mendoza Isu Cium” – Janna Nick - Berita Hiburan | mStar

“Jangan Salahkan Fara Mendoza Isu Cium” – Janna Nick

Diterbitkan: Khamis, 5 Oktober 2017 6:15 AM

Janna Nick melalui kontroversi baharu adegan cium dengan Fattah Amin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Janna Nick tidak menyalahkan rakan baiknya Fara Mendoza selepas kontroversi adegan bercium dia dengan Fattah Amin menjadi kontroversi apabila dimuat naik di laman sosial pelakon itu.

Janna, 22, turut menolak dakwaan Fara mempunyai niat jahat atau cuba mencipta kontroversi bagi meraih publisiti.

"Saya tak salahkan Farah kerana dia tidak sengaja pun, kami semua tahu dia muat naik video itu di laman sosial.

"Tapi tiada seorang pun tegur atau minta dia padam kerana dia tidak tahu boleh jadi kontroversi seperti itu. Dia sudah minta maaf dengan saya dan rasa bersalah dengan tindakan itu," ujarnya kepada mStar Online, Rabu.

Adegan Cium Fattah Amin, Janna Nick Cetus Kemarahan

Janna ditemui pada majlis sidang media dan pelancaran drama Dia yang diadakan di One Utama, di sini.

Para pelakon Dia.

Dia mengulas adegan aksi bercium dengan aktor Fattah Amin dalam drama adaptasi Korea, Coffee Prince yang tersebar di media sosial dua minggu lalu mengundang perbalahan dalam kalangan peminat.

Sementara itu, ditanya tentang hubungannya dengan pelakon berkenaan, Janna berkata, dia masih berkawan baik dengan wanita tersebut.

Katanya, Farah seorang kawan yang baik dan mempunyai sisi lain yang orang ramai tidak tahu.

"Jangan nilai orang daripada luaran, begitulah kita tidak boleh melihat dia daripada luaran sahaja. Sebenarnya kita tidak tahu dia bagaimana.

"Pada saya ada sifat dia yang baik yang mana orang rapat sahaja yang tahu. Saya pula bukan jenis yang suka memilih kawan," ujarnya.

Sementara itu, mengulas kontroversi tersebut, Janna berkata, ia bukanlah perkara yang besar dan memalukan.

Katanya, adegan tersebut tidak bersentuhan dan ia juga dibuat bukan untuk menimbulkan rasa cinta atau romantik.

Janna Nick (kanan) bersama Fara Mendoza. Foto Instagram @faramendoza.

"Banyak lagi adegan di drama lain yang lebih terus seperti babak peluk-peluk yang memang tahu bersentuhan. Adegan ini tidak bersentuhan dan jarak kami 10 sentimeter.

"Sebagai pelakon saya sendiri sudah matang menentukan apa yang patut atau tidak. Kalau saya rasa ia betul-betul salah saya sendiri akan menolak untuk lakukannya," katanya.

Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November.

Ia turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.

Tags / Kata Kunci: Janna Nick , Fara Mendoza
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan