Fasha, Jejai Pilih Jalan Berdamai

Diterbitkan: Khamis, 5 Oktober 2017 1:15 PM

Fasha Sandha dan Jejai akhirnya berdamai demi dua anak mereka. Gambar fail.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktres Fasha Sandha dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli memilih jalan damai apabila menyelesaikan dua kes mahkamah melibatkan mereka secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Khamis.

Fasha, 33, turut menarik balik perintah injuksi yang difailkan terhadap Rizal atau Jejai bagi menghalangnya daripada menggangu aktres itu pada Mac lalu.

Pelakon drama Lara Aishah itu juga menarik balik kes berhubung pemegang amanah sebuah kediaman di Ampang, Selangor apabila Jejai didakwa gagal melaksanakan perintah itu dengan tidak menandatangani surat ikatan pemegang amanah seperti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Manakala Jejai menarik balik kes komital berhubung hak lawatan kedua-dua anak mereka dan juga beberapa kenyataan yang dikeluarkan Fasha berkaitan keluarga kepada umum di media sosial.

Mereka juga bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah yang dipersetujui selepas bercerai pada 20 Januari tahun lalu.

Kesemua penyelesaian itu direkodkan oleh mahkamah.

Dalam pada itu pasangan berkenaan dalam satu kenyataan bersama kepada media memberitahu penyelesaian secara baik itu dibuat demi masa depan dua anak mereka. 

Fasha Sandha masih kelihatan cantik.

“Alhamdulillah, Tuhan telah berikan petunjuk dan hidayahNya, jalan-jalan kebaikan di antara kami, supaya dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak. 

“Kami amat bersyukur dengan anugerah ini,” kata kenyataan itu. 

Ketika ditanya sama ada perkembangan terbaharu itu membawa maksud mereka akan kembali bersama sebagai suami-isteri, Jejai dan Fasha bagaimanapun enggan mengulas lanjut. 

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong manakala Jejai diwakili Ahmad Badri Idris. 

Pasangan itu yang hadir ke mahkamah secara bersama pada pukul 10 pagi kelihatan ceria. 

Mereka berkahwin pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3 dan Putri Raysha Jemyma yang berusia 2 tahun.

Tags / Kata Kunci: Fasha Sandha , Jejai

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan