Siti Nurhaliza 'Hilang' Seketika Tapi Kenapa?

Diterbitkan: Selasa, 3 Oktober 2017 3:36 PM

Siti Nurhaliza dan pengurusnya, Rozi Abdul Razak.

(Ubah saiz teks)

TIMBUL beberapa spekulasi mengenai 'kehilangan' penyanyi kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza daripada radar industri muzik tempatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Malah, Siti juga jarang berkongsi fotonya dan kalau ada sekali pun hanya wajah muka sahaja, tidak kepada gambar penuh. Ia mungkin Siti mahu menutup 'baby bump' pada perutnya.

Tindakan Siti itu menguatkan lagi spekulasi mengatakan beliau sememangnya hamil walaupun tiada pengesahan rasmi daripada Siti sendiri.

Bagaimanapun pengurusnya Rozi Abdul Razak meminta agar peminat tidak cepat menghakimi penyanyi itu atas keputusannya untuk berehat..

Siti Nurhaliza.

Rozi menerusi perkongsian di Instagram menegaskan Siti berhak untuk memilih masa untuk dirinya sendiri malah dia berhak berbuat demikian kerana sudah mengabadikan diri selama 21 tahun sebagai anak seni.

Siapa Bocor Maklumat Siti Nurhaliza Hamil?

"Kata saya 21 tahun lebih berbakti dan mengabadikan tanpa meninggalkan lebih dari satu bulan kerjayanya, beberapa bulan ini dia memilih untuk berehat.

"21 tahun bernisbah hanya beberapa bulan. Janganlah menghakimi beliau kerana beliau berhak untuk memilih 'masa' untuk dirinya," tulis Rozi.

Dalam pada itu, Rozi berkata, Siti sedar 'kehilangannya' dirindui peminat dan paling penting penyanyi lagu Percayalah ini juga berperasaan sama terhadap peminatnya.

"Dia sedar dia dirindui. Saya menangkis tentang kata-kata orang populariti jatuh, tak dapat sambutan, tidak relevan dan sebagainya.

"Berita baik; dia tahu anda merinduinya," tulis Rozi lagi.

Siti tahu peminat merinduinya.

Posting menyentuh hati itu turut mendapat reaksi peminat Siti yang rata-rata memahami keadaan dirinya meminta agar diberi ruang untuk membolehkan beliau berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Malah rata-rata juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada artis kesayangan mereka itu dan akan setia menanti kemunculan semula Siti dipersada seni.

"Alhamdulillah... terharu anda Kakiti (Siti) tahu kami merindui beliau. Kami sentiasa bersama Kakiti dalam apa juga keadaan dan pasti memahami apa juga Kakiti lakukan.

"Paling penting doa kami sentiasa bersama Kakiti... beliau juga manusia biasa, berkeluarga dan perlu masa untuk diri sendiri dan keluarga.

"Kakiti jaga diri, jangan bimbang kalau rindu memang kami dengar lagu-lagu Kakiti selalu," tulis peminatnya.

@kiet_phassakorn pula menulis: "Popular mungkin akan tenggelam tapi yang terbaik akan tetap dikenang... beribu bintang seni tetapi cuma segelintir yang dijulang.

"Siti adalah yang terbaik untuk 21 tahun ini... sejarah tidak pernah berubah," tulisnya.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza , Rozi Abdul Razak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan