Thanuja Sudah Jatuh Cinta

Diterbitkan: Ahad, 1 Oktober 2017 6:00 AM

Thanuja mahu lebih serius dalam bidang lakonan. Foto ROHAIZAT DARUS

(Ubah saiz teks)

BEKAS Ratu Cantik Malaysia 2009, Thanuja Ananthan tidak akan beralih ke bidang lain kerana mengakui sudah jatuh cinta dengan lakonan.

Malah kata Thanuja, pencalonan awal diterimanya menerusi Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) menerusi filem Temuan Takdir baru-baru ini menjadikan dia lebih yakin untuk terus berlakon.

"Walaupun hanya pencalonan awal tetapi ia seperti satu pengesahan yang saya diterima sebagai pelakon dan meningkat keyakinan saya untuk terus mengorak langkah sebagai pelakon.

"Sejak pertama kali mencuba berlakon dalam Temuan Takdir saya sudah jatuh cinta dan sejak itu sentiasa mencari peluang untuk berlakon," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Thanuja berkata, bergelar pelakon memberi peluang kepadanya untuk menerokai tentang dirinya sendiri dalam menghidupkan watak diberikan.

Thanuja juga meminati bidang pengacaraan.

Thanuja juga berharap dapat diberi peluang mencuba watak berbeza dan bukannya peranan tipikal hanya berdasarkan kepada penampilan dirinya.

"Saya kalau boleh tidak mahu membawakan watak wanita seksi atau gadis liar sebaliknya ingin lari daripada kebiasaan dan mengimpikan peranan mencabar," ujarnya.

Sementara itu, Thanuja berkata, meskipun kini aktif berlakon namun dia belum berhasrat untuk meninggalkan dunia peragaan yang masih menjadi keutamaannya.

"Sekarang saya separuh bersara daripada bidang peragaan tetapi saya masih aktif sebagai model cuma perhatian saya sekarang kepada lakonan dan pengacaraan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Thanuja , FFM29

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan