‘SchAwal’ Butik Milik Scha, Awal

Diterbitkan: Sabtu, 30 September 2017 6:00 AM

Scha Alyahya bersama suami, Awal Ashaari dan anak perempuan mereka iaitu Lara Alana. Foto Instagram @awalashaari

(Ubah saiz teks)

PENGLIBATAN pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya dalam bidang fesyen bukan perkara baharu dan kini mereka tampil dengan jenama sendiri diberi nama SchAwal.

Tidak cukup dengan itu, pasangan ini juga membuka butik pertama di Jakel Square, Kuala Lumpur bagi mempamerkan lebih dari 50 koleksi pakaian hasil rekaan sendiri.

Untuk rekod, ia adalah butik kedua milik selebriti yang dibuka di Jakel Square selepas Datuk Siti Nurhaliza.

"Menerusi SchAwal kami menterjemahkan pilihan fesyen hasil gabungan kami sendiri dan menerusi jenama ini adalah bukti kami serius dalam menceburi bidang fesyen dan perniagaan," kata Awal.

Dalam pada itu, Awal berkata, melalui jenama tersebut mereka turut mengetengahkan koleksi pakaian eksklusif kanak-kanak yang dinspirasikan daripada anak mereka sendiri, Lara Alana.

Pasangan ini bersama wangian terbaharu dibawah jenama mereka iaitu Noir by Awal Ashaari dan Silver Rose by Scha Alyahya.

Bagi memastikan kepuasan pelanggan terhadap produk ditawarkan, mereka juga memastikan setiap pakaian dijual mengikut fesyen terkini selain menitikberatkan potongan dan kualiti kain digunakan.

“Kami terlibat secara langsung dalam rekaan serta pilihan kain. Maknanya setiap koleksi adalah hasil dari minat dan kecenderungan kami dalam bidang fesyen.

“Rekaan berdasarkan pakaian kasual, untuk Scha sendiri dia sangat mementingkan kesesuaian setiap fesyen untuk wanita bertudung juga,” katanya.

Butik pertama pasangan ini iaitu SchAwal yang terletak di Jakel Square Kuala Lumpur.

Tidak hanya berhenti di situ, selepas kejayaan dua wangian Bléu by Awal dan Maroón by Scha, kini mereka muncul dengan dua lagi wangian yang semakin berani mewakili personaliti masing-masing.

Menurut Awal, wangian diberi nama Noir dan Silver Rose sangat istimewa kerana baunya dipilih mereka sendiri dari kilangnya di Sepanyol.

"Dua wangian ini juga menjalani proses dan dibotolkan di Eropah yang mana Silver Rose adalah wangian dipilih sendiri oleh Scha dari tempat penghasilannya di Sepanyol. Ia mengangkat bau-bauan bunga segar bagi menimbulkan kesegaran kepada si pemakai.

"Manakala Noir pula mempertaruhkan bau musky ditambah dengan kandungan citrus yang  akan memberikan bauan segar menyerlahkan kelelakian kepada si pemakai," katanya.

Tags / Kata Kunci: Scha Alyahya , SchAwal

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan