Norlia Ghani Tiada Sahabat Artis

Diterbitkan: Sabtu, 30 September 2017 6:15 AM

Di usia 69 tahun, Norlia Ghani bersyukur kerana masih diberi kesihatan yang baik.

(Ubah saiz teks)

ADA yang panggil dirinya Norlia, ada yang panggil Joyah dan ada yang panggil Mama. Tidak kira apapun panggilannya, sikap mesra dan rendah diri pelakon veteran ini sentiasa disenangi ramai.

Norlia Ghani, 69, bukan asing lagi bagi penggemar drama-drama Melayu era 1980-an sehingga sekarang.

Mendekati ibu kepada pelakon Rusdi Ramli ini, ada beberapa perkara yang dikongsikan mengenai perihal peribadinya yang mungkin kita tak tahu.

1) Seorang yang suka dengar life music terutama lagu-lagu berentak Pop Yeh Yeh. Katanya: "Mama tak kisah apa orang nak cakap sebab dari dulu memang Mama suka dengar Life music!"

2) Sangat sayang kepada binatang terutama kucing. Katanya, di rumah dia mempunyai seekor kucing bernama Cici. Cicilah penghibur ketika hatinya sunyi.

Ke mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Norlia bersama anak kesayangannya, Rusdi Ramli.

3) Biarpun seorang artis, namun kata Mama Norlia dia tidak pernah mempunyai rakan baik dalam kalangan artis untuk berkongsi perkara peribadi. Bukan tidak percaya tetapi mengakui dirinya seorang yang suka berahsia.

4) Dari dulu sehingga sekarang, dirinya penggemar bunga-bungaan terutama Orkid dan Ros. Pernah dulu ketika berpindah ke rumah pangsa, kesemua bunga kesayangannya terpaksa diberi kepada orang kerana susah nak dijaga.

5) Drama Opah telah mempopularkan dirinya menerusi watak Joyah. Watak tersebut digambarkan dirinya seorang yang banyak mulut dan 'bising' tetapi realitinya, dia tidak begitu.

Apa-apa pun rahsia tentang dirinya, sama-sama doakan semoga pelakon Norlia Ghani terus diberikan kesihatan yang baik.

Tags / Kata Kunci: Norlia Ghani

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan