Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak

Diterbitkan: Sabtu, 30 September 2017 2:01 PM

Puteri Nur Asyiqin dan suami, Adi Akmal Sehrom selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz. Foto Instagram @azizmosman

(Ubah saiz teks)

PENERBIT dan pengarah Aziz M. Osman sebak saat menikahkan anak perempuan sulungnya dengan bekas isteri keduanya, Datin Nor Aliah Lee Abdullah iaitu Puteri Nur Asyiqin Aziz dengan anggota kumpulan Devotees, Adi Akmal Sehrom pada Sabtu.

Aziz ketika dihubungi berkata, perasaan itu biasa bagi seorang bapa untuk melepaskan anak kesayangannya memandangkan hubungan mereka akrab.

"Perasaan sebak hendak melepaskan anak kesayangan kepada orang lain memang perkara biasa bagi seorang bapa tambahan pula ini pengalaman kedua saya.

"Tetapi Alhamdulillah majlis pernikahan berjalan lancar dan saya sendiri menikahkan anak saya.

"Besar harapan saya agar dia dapat memulakan perjalanan hidupnya sebagai seorang isteri dengan baik selepas ini," katanya.

Aziz mengakui sebak menikahkan anaknya.

Asyiqin, 24 dan Adi yang juga personaliti televisyen TV Al-Hijrah dinikahkan kira-kira pukul 10.40 pagi dengan sekali lafaz.

Majlis itu diadakan di kediaman ibu pengantin perempuan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Pada upacara itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 manakala RM15,000 sebagai wang hantaran.

Adi, 31, juga turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada Asyiqin manakala dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Ditanya mengenai menantunya itu, Aziz menyifatkan Adi sebagai seorang lelaki yang budiman selain seorang yang mempunyai budi bahasa tinggi.

Kata Aziz lagi, dia kagum dengan keperibadian Adi kerana menantunya itu sentiasa bersikap positif dalam segala hal dilakukannya.

Aziz dan bekas isteri, Nor Aliah Lee bersama pasangan pengantin.

"Anak saya ini seorang yang sangat berdikari dan adakalanya panas baran tetapi Adi sentiasa tahu untuk menyejukkan hati Asyiqin dengan sikap-sikap positifnya.

"Sepanjang saya mengenalinya dia seorang yang penyabar dan sentiasa bercakap lembut malah tidak pernah menunjukkan reaksi wajah masam dan sentiasa tersenyum.

"Insya-Allah Adi mampu menjaga dan membimbing anak saya dengan baik," ujarnya.

Pasangan itu berkenalan sejak dua tahun lalu selepas diperkenalkan oleh sepupu Adi sebelum mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu.

Adi dan Asyiqin akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri yang akan diadakan di Putrajaya pada malam Sabtu manakala majlis menyambut tetamu pula diadakan di Sungai Buloh, 7 Oktober ini.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan