Amelina Terima Komen Kesat

Diterbitkan: Sabtu, 30 September 2017 12:10 PM

Amelina menegur peminat yang menggunakan bahasa kesat di laman sosial miliknya.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Amelina terkejut apabila ada individu yang tidak dikenali meninggalkan komen kesat di ruangan sembang aplikasi sosial miliknya.

Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 43, berkata kejadian itu berlaku ketika dia berinteraksi bersama peminat menerusi aplikasi sosial, Bigo.

"Pernah berlaku satu kejadian apabila ada orang yang tidak dikenali meninggalkan komen kesat ketika saya sedang live.

"Bila saya baca, saya pura-pura tak faham dan bertanya semula apa maksud bahasa yang ditulis itu," katanya kepada mStar Online.

Amelina ditemui selepas konsert mini Amelina live in KL di Restoran D'Saji Titiwangsa Kuala Lumpur, pada malam Jumaat.

Amelina menggunakan aplikasi sosial untuk berinteraksi bersama peminat.

Bagaimanapun, Amelina berkata dia tidak sekadar berdiam diri, sebaliknya menegur dengan menghantar mesej peribadi kepada individu berkenaan.

Ujarnya, dia lebih selesa memberi teguran secara peribadi tanpa memalukan individu tersebut.

"Saya menegur memberitahu bahasa yang mereka gunakan itu kurang sopan dan tidak sesuai.

"Tambahan pula ayat kesat yang ditulis itu boleh di baca oleh semua orang.

"Yang sedihnya, mereka ini masih remaja dan muda lagi, tapi bahasa yang digunakan agak menakutkan," katanya.

Ratu dangdut ini menghiburkan peminat di Showcase Amelina Live In KL, pada malam Jumaat.

Bercakap mengenai persembahannya malam itu, Amelina meluahkan rasa bangga atas kejayaan mini konsert itu.

Secara tidak langsung telah membuka langkah untuknya melebarkan lagi genre muzik dangdut setelah 20 tahun berkecimpung dalam industri nyanyian.

"Persiapan untuk showcase ni tak sampai sebulan, jadi kecut perut nak menyanyi malam ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

"Diharap selepas ini lebih ramai penyanyi dangdut adakan konsert begini dan kembalikan semula keyakinan peminat Malaysia," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Amelina

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan