Fikri Rafezin Artis Kampung Dari Terengganu

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 6:00 AM

Fikri tetap meneruskan kerjaya nyanyian biarpun ada persaingan yang sengit

(Ubah saiz teks)

PENYANYI baharu, Fikri Rafezin yang tampil dengan single pertama berjudul Jangan Kau Bersedih tidak hirau sekiranya dia digelar sebagai artis kampung.

Fikri yang berasal dari Terengganu berkata gelaran tersebut tidak menjadi penghalang untuk dia meneruskan kerjaya dalam bidang seni.

"Saya tiada masalah dengan label sebegitu, ia tidak sedikit pun menjejaskan kerjaya saya.

"Walaupun saya bertapak di Terengganu, saya masih boleh ke negeri-negeri lain sekiranya ada undangan persembahan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Fikri Rafezin. 

Fikri atau nama sebenarnya Muhammad Fikri Bin Rafezin, 22, percaya bakat yang ada mampu membezakan dirinya dari artis-artis lain.

Kata Fikri lagi, walaupun berlaku persaingan sengit dia tetap akan meneruskan kerjaya nyanyiannya.

"Persaingan dengan penyanyi lain bukanlah isu besar, saya percaya dengan kebolehan saya," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Fikri kini sedang fokus dalam rangka promosi single pertamanya.

Lagu ciptaan Zul Azman dan lirik oleh Zara Alhaj itu sudah sebulan dilancarkan dan sehingga kini ditonton lebih 40,000 kali di laman Youtube.

Menurut Fikri, dia memilih lagu berentak balada itu sebagai single pertama kerana ia bersesuaian dengan jiwa dan suaranya.

"Melodi lagu Jangan Kau Bersedih ini sangat unik dan tersendiri," katanya.

Tags / Kata Kunci: Fikri Rafezin

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan