Emma Maembong Sakit - Berita Hiburan | mStar

Emma Maembong Sakit

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 12:50 PM

Emma kerap jatuh sakit sehingga masuk ke hospital. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI.

(Ubah saiz teks)

MENERUSI satu rakaman video, pelakon Emma Maembong memberitahu dia sedang mengalami masalah migrain yang teruk.  

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 25, berkata sakit kepala itu telah menyebabkan matanya merah sebelah. 

"Yang tanya saya sakit apa, saya migrain yang sangat-sangat teruk sampai mata saya pun merah sebelah. 

"Sakit bibir yang tidak tahu kenapa, sakit tekak, selsema, demam dan juga batuk," kata Emma menerusi pengkongsiannya di akaun @official_kamalemma pada Rabu.

Ia merupakan akaun Instagram yang diwujudkan untuk Emma Maembong dan Kamal Adli.

Rata-rata peminatnya meminta Emma untuk sentiasa banyakkan minum air kosong bagi menghilangkan sakitnya itu.

Malah, mereka juga mendoakan agar dia cepat sembuh.

"Minum banyak air kosong untuk hilangkan panas dalam badan. Ia dapat membantu," kata peminat.

Pelakon drama terbaru Awak Suka Saya Tak ini kerap dilihat menglami pelbagai masalah kesihatan sejak awal tahun ini.

Pada Januari lalu, Emma telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami sakit perut yang serius dan doktor mengesahkan dia dijangkiti virus. 

Ia menyebabkan dia terlantar di hospital pada bulan April lalu selama beberapa hari.

Tags / Kata Kunci: Emma Maembong
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan