Fattah Hantar 500 Kuntum Ros Buat Fazura

Diterbitkan: Rabu, 27 September 2017 7:56 PM

Fazura menerima 500 kuntuman ros pemberian Fattah Amin. FOTO: Low Boon Tat

(Ubah saiz teks)

PELAKON Nur Fazura teruja menerima 500 kuntuman bunga mawar pada hari kelahirannya yang ke-34, hadiah daripada seseorang yang istimewa. 

Kejutan mawar berwarna merah jambu dan putih itu diberikan oleh pelakon Fattah Amin. 

Fazura meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka aktor gandingannya dalam drama Hero Seorang Cinderella itu membuat kejutan istimewa pada hari jadinya.

50 Kuntum Ros Bukti Sayangnya Fazura Buat Fattah 

Fazura memotong kek sempena ulang tahun hari lahirnya.

"Terkejut sangat, saya ingat hadiah bunga itu daripada ibu saya tapi rupa-rupanya pemberian Fattah Amin. 

"Dia memang suka buat kejutan begini, sebelum majlis ini berlangsung dia ada bagi ucapan, tak sangka pula ada bunga menyusul.

"Ini bukan kejutan yang pertama, sebelum ini dia pernah memberi bunga kepada saya semasa acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW)," katanya kepada mStar Online. 

Fazura ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan dan kecantikan jenama Tru Dolly By Fazura di Hotel Ritz Calton Kuala Lumpur pada Rabu.

Kejutan itu dibuat oleh peminat dan juga wakil Fattah Amin. Aktor itu tidak hadir kerana sibuk dengan penggambaran drama.

Pada ulang tahun kelahiran Fattah yang ke 27 tahun pada 14 September lalu, Fazura telah menghadiahkan 50 kuntuman bunga mawar kepada Fattah ketika Fazura berada di New York, Amerika Syarikat. 

Sementara itu, Pelakon filem Pisau Cukur ini turut mengakui Fattah merupakan lelaki yang paling dekat dengan dirinya ketika ini.

"Buat masa ini, hanya Fattah sahaja yang berani mendekati saya, malah sejujurnya saya selesa berkawan dengannya. 

"Mungkin sebab kami pernah berlakon bersama, selalu berjumpa jadi keserasian dan keselesaan itu masih ada," katanya.

Fattah Amin dan Fazura mula dikaitkan ketika membintangi drama Hero Seorang Cinderella.

Bercakap mengenai produk Tru Dolly by Fazura, ia merupakan tablet kecantikan yang diinspirasikan melalui rutin penjagaan kecantikan Fazura. 

"Tru Dolly mempunyai dua jenis tablet berbeza iaitu Detox Pro dan Beauty Booster, ia boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita. 

"Besar harapan saya supaya produk ini mampu memberi manfaat kepada pengguna," katanya.

Tags / Kata Kunci: Fazura , Fattah Amin

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan