11 Artis Popular Di Konsert Panggung Anniversari

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 5:30 AM

Khairul Anuar Mhd Juri (tiga dari kiri) bersama mereka yang terlibat dalam Konsert Panggung Anniversari pada 30 September depan. Foto ROHAIZAT DARUS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 11 artis bakal membuat persembahan dalam Konsert Panggung Anniversari Gemilang 50 Tahun sempena penganjuran Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. 

Konsert anjuran Yayasan Artis 1Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan DiverseCity ini turut diadakan sempena ulang tahun ke-50 Panggung Anniversari. 

Pengurus Besar Biro Pelancongan Kuala Lumpur, Khairul Anuar Mhd. Juri berkata, Panggung Anniversari merupakan lokasi popular penganjuran konsert pada era 80-an dan 90-an. 

"Saya berharap konsert ini dapat menaikkan semula nama Panggung Anniversari kepada rakyat Malaysia yang pernah popular suatu masa dahulu," ujarnya kepada mStar Online. 

Ia akan diadakan pada 30 September ini. 

Beliau ditemui sewaktu sidang media konsert berkenaan di Menara DBKL 1, di sini, Isnin. 

Hadir sama Presiden, Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk DJ Dave dan Datuk A Rahman Hassan

Tambahnya lagi, semua persembahan pada konsert itu akan diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur. 

Antara artis yang terlibat ialah Datuk DJ Dave, Datuk M. Nasir, Datuk Awie, Datuk Zainal Abidin, Datuk A. Rahman Hassan, Zamani, Siti Sarah, Khai Bahar, Azharina, Khalifah dan Masdo. 

Konsert percuma yang akan diadakan pada 30 September tidak mengenakan sebarang bayaran. 

Ia bermula pukul 8.30 malam dan akan dikendalikan oleh Faizal Ismail dan Fara Fauzana. 

Sementara itu, Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur turut menampilkan acara-acara lain yang berkaitan dengan seni tari, muzik, teater dan kesusasteraan. 

Ia telah bermula sejak 31 Ogos lalu dan bakal berakhir pada 1 Oktober depan.

Tags / Kata Kunci: Panggung Anniversari

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan