Eizlan Terima Maaf Zizan

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 6:15 AM

Eizlan Yusof.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Datuk Eizlan Yusof pada mulanya berasa sedih dengan tindakan Zizan Razak mempersendakannya dan Hans Isaac berhubung gelaran Datuk diterima.

Bagaimanapun, Eizlan, 46, berkata dia menghormati tindakan Zizan yang menghubunginya untuk mengaku kesilapan.

"Siapa yang tak sedih apabila perkara sebegini boleh berlaku. Saya memang senada dengan Hans.

"Apa yang dia rasa, saya pun sama seperti itu. Tapi semua sudah selesai. Saya hormat dengan tindakan berani Zizan yang membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Malah, dia juga ada menghubungi saya untuk meminta maaf.  Saya terima permohanan tersebut," kata Eizlan kepada mStar Online.

“Saya Tidak Gurau Keterlaluan” – Zizan Razak


Zizan sudah meminta maaf kepada Hans dan Eizlan.

Menurut Eizlan, dia bangga dengan tindakan Hans mempertahankan diri dan juga rakan-rakan selebriti yang membawa gelaran Datuk.

Dalam pada itu, Eizlan berharap selepas ini tidak kira selebriti mahupun masyarakat agar jangan mempertikaikan institusi diraja.

"Saya berbangga Hans yang mengambil tindakan terdahulu mempertahankan diri dan juga rakan-rakan selebriti yang lain.

"Saya harap selepas ini seluruh rakyat Malaysia tidak lagi mempertikaikan institusi diraja kerana ia adalah lambang kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia.

"Apabila diberi gelaran Datuk, ia menjadi tanggungjawab kami memegang amanah yang diberi oleh institusi tersebut," ujarnya.


Tags / Kata Kunci: Eizlan Yusof , Zizan Razak

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan