Ammar Kembali Selepas 5 Bulan Digantung Tugas

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 2:49 PM

Ammar kembali bergelar penyampai Hot FM.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS lima bulan digantung tugas gara-gara isu menghina bapa Watson Nyambek, pengacara Ammar Abu Hassan kini disambung kerjayanya sebagai penyampai radio Hot FM. 

Menurut kenyataan pihak Hot FM, Ammar mula bertugas pada Isnin menerusi segmen Jam Hot bersama dua orang penyampai iaitu Deen dan Issey. 

Ammar atau nama sebenarnya Azizaul Ammar Abu Hassan, 30, juga ada memuat naik foto bersama dua gandingannya di laman Instagram pada Selasa. 

Rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa gembira Ammar kembali mengendali segmen yang bermula  pukul 4 petang itu.

Ammar (kiri) bersama rakan penyampai Hot FM iaitu Deen (tengah) dan Issey.

Bagaimanapun, Ammar tidak dapat memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini.

Pada 23 April lalu, Primeworks Studios Sdn Bhd menggantung khidmat Ammar dan enam kru penerbitan tanpa tempoh dinyatakan susulan isu mempersendakan nama ayah bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek menerusi program Sukan Tak Sentral.

Menerusi laporan mStar Online pada 19 Julai lalu, Ammar memberitahu sepanjang melalui tempoh digantung tugas, dia sibuk menguruskan proses untuk membuka sebuah kafe yang turut mempunyai koleksi kucing.

Malah, Ammar juga mengakui semakin matang dan positif selepas apa yang berlaku. Dia mahu meneruskan hidup biarpun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran. 

Tags / Kata Kunci: Ammar Titan , Hot FM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan