Afdlin Shauki Dapat Datuk

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 5:59 PM

Afdlin bersama ibunya semasa penerimaan darjah kebesaran Pahang pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Afdlin Shauki dianugerahkan darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa.

Afdlin, 46, menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pasa majllis pengurniaan darjah dan oingat yang diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pahang.

Menerusi  status di Instagram, Afdlin ada memuat naik foto dia bersama ibunya yang turut hadir di majlis penerimaan darjah kebesaran tersebut.

"Gang haji saya ada dengan saya masa ambil kurnia. Ini semua berkat doa dia. Love you Hajjah mummy," tulisnya.

Afdlin menerima ucapan tahniah daripada peminat di laman Instagram, sejak semalam.

Rata-rata pengikut di Instagram mengucapkan tahniah di atas pencapaian pelakon filem Cuci ini.

Malah, Afdlin turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis antaranya Datuk Eizlan Yusof, Datuk Hans Isaac dan Liyana Jasmay.

Selain Afdlin, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dianugerahkan darjah Sri Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat mencemar duli mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada 155 penerima keseluruhannya.

Tags / Kata Kunci: Afdlin Shauki

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan