Norman Hakim, Abby Abadi Bersanding Lagi

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 12:38 AM

Dari kiri; Norman bersama isterinya, Memey dan Abby Abadi dengan suaminya, Jaiezzany yang memilih untuk bersanding semula. FOTO: Ihsan sweetpictures_kl

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mungkin jarang-jarang dibuat orang tapi itulah realitinya apabila Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi membuat keputusan untuk bertemu di pentas persandingan bersama pasangan masing-masing.

Persandingan kali kedua ini bagi meraikan ulang tahun keenam perkahwinan Norman dan Memey Suhaiza yang disambut pada Ahad.

Majlis bak perkahwinan pengantin baharu itu benar-benar meriah yang dihadiri kira-kira 600 orang tetamu termasuk rakan rapat pasangan berkenaan di IDCC Convention Centre, Shah Alam.

Abby, 40, yang bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakaria, 43, atau  Jaiezzany  pada 2015 tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

Persandingan itu menjadi satu contoh apabila Norman dan Abby yang pernah bermusuh sebelum ini akhirnya berjaya merapatkan semula silaturahim itu seterusnya memberi panduan yang baik kepada masyarakat.

Norman menyuap kek kepada isterinya, Memey Suhaiza. Foto: sweetpictures_kl

Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 41, berkata tujuan majlis ini diadakan bagi merealisasikan impian untuk mengumpulkan keluarga besarnya.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merealisasikan impian kami dapat berkumpul sebagai keluarga besar.

"Biarpun terdahulu hubungan kami pernah melalui fasa kontroversi, namun hubungan persahabatan antara saya, Memey, Abby dan Jaiezzany tetap baik dan dijadikan sebagai inspirasi kepada semua," kata Norman kepada mStar Online.

Dua pasangan mempelai ini diraikan pada majlis bertemakan Islamik Vintage yang turut disertai anak-anak mereka.

Selain meraikan persandingan kedua-dua pasangan ini, majlis doa selamat diadakan sebagai tanda kesyukuran bersempena khatam Al-Quran anak sulung Norman dengan Abby iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, yang bakal melanjutkan pengajian hafazan Quran ke Turki, Oktober depan.

Memey (kiri) dan Abby kini umpama saudara. Foto: sweetpictures_kl

Selain Danish, Norman dan Abby turut dianugerahkan dua lagi anak  iaitu Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9.

Manakala Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2 hasil perkahwinan dengan Memey, 29.

Persandingan itu juga merupakan sebahagian daripada gimik pelantikan Norman dan Memey sebagai duta syarikat katering acara perkahwinan, Mahligai Impian.

Selain Norman Hakim, pasangan Shuib (Sepahtu) dan Siti Sarah juga pernah bersanding kali kedua sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima pada Februari lalu.

Tags / Kata Kunci: Norman Hakim , Memey , Abby Abadi

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan