Komitmen June Lojong Terhadap Keluarga Puncanya

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 6:00 AM

June bersama suaminya Nam Ron.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktres June Lojong yang memenangi kategori Pelakon Wanita Harapan menerusi filem Redha memberitahu kekangan utamanya untuk menerima tawaran berlakon adalah disebabkan komitmen terhadap keluarga.

June yang juga isteri kepada pelakon Nam Ron ini memberitahu bahawa dia terpaksa menolak tawaran membintangi filem berikutan enggan menyusahkan pihak produksi.

"Saya terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon kerana anak ketiga saya baru berusia setahun setengah bulan.

"Saya tidak mahu menyusahkan pihak produksi dengan masa saya, Insya-Allah kalau dia sudah besar sikit saya boleh aktif kembali," ujarnya yang sebelum ini aktif berlakon teater.

June diumum Pelakon Wanita Harapan menerusi filem Redha

Filem Redha turut memenangi tiga anugerah lain iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Nam Ron), Pengarah Harapan Terbaik (Tunku Mona Riza) dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Harith Haziq).

June atau nama sebenarnya Junainah M.Lojong berkata, dia selesa melakonkan watak yang sederhana dan menjadi dirinya sendiri.

"Kalau ditanya tentang watak, saya lebih suka menjadi seadannya saya. Watak tersebut bukan yang melebih-lebih hingga menjadi orang lain," ujarnya.

Filem Redha mengisahkan kisah sebenar pasangan suami isteri yang mempunyai seorang kanak-kanak autisme.

Filem arahan Tunku Mona Riza sebelum ini pernah memenangi dua anugerah di Festival Filem Filipina 2016 di Manila, Filipina pada Disember tahun lalu iaitu dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

Tags / Kata Kunci: June Lojong , FFM29 , Redha

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan