Terima Kasih Sangeeta!

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 6:15 AM

Sangeeta raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Adiwiraku.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesungguhan pelakon Sangeeta Krishnasamy menjadi salah satu faktor kemenangan filem Adiwiraku yang diumum sebagai Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia ke29 (FFM29) malam Sabtu lalu.

Penerbit Eksekutif, Jason Chong berkata, pelakon wanita itu berhadapan dengan masalah kesihatan dan bertarung dengan demam denggi ketika penggambaran berlangsung.

"Saya berterima kasih dengan Sangeeta yang kegigihan dia meneruskan penggambaran ketika berhadapan dengan penyakit demam denggi.

"Dia hanya beritahu saya ketika dia sudah hampir pengsan, namun dia tetap mahu menghabiskan penggambaran kerana tidak mahu menjejaskan jadual produksi dan orang lain," ujarnya kepada mStar Online.

Dia ditemui pada sidang media selepas majlis FFM29 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Sabtu.

Adiwiraku arahan Eric Ong itu turut memenangi kategori Cerita Asal Terbaik, manakala, Sangeeta turut memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Barisan orang kuat disebalik tabir filem Adiwiraku.

Dalam pada itu, Jason berkata, cabaran utama Sangeeta adalah berlakon bersama kanak-kanak sekolah yang bukan dalam kalangan pelakon.

"Biasanya kalau rakan-rakan pelakon kita adalah pelakon yang baik, kita mudah untuk membawa karakter dengan baik. Tapi dalam cerita ini Sangeeta berhadapan dengan pelakon kanak-kanak yang semuanya bukanlah pelakon.

"Namun, dia berjaya kawal watak dia dan kanak-kanak lain dengan baik," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang filem tersebut, Jason berkata, dia bersyukur filem yang dianggap sebagai underdog mampu memberi cabaran kepada filem-filem lain.

Katanya, secara tidak langsung dia dapat membuktikan peluang sentiasa terbuka kepada sesiapa juga yang berusaha.

"Filem ini hampir jadi drama sahaja tapi saya tetap mahu jadikannya sebuah filem. Kami pakai duit sendiri dan sejujurkan bajet filem ini hanya RM600,000 sahaja.

"Kami juga memilih pelakon-pelakon yang tidak terkenal supaya lebih segar dan lain daripada filem biasa.

"Apa yang saya ingin buktikan ialah setiap orang ada peluang untuk capai impian walaupun serba kekurangan," ujarnya.

Sementara itu, Jason berkata, dia dalam perancangan untuk filem terbaharu dengan genre perang dengan kerjasama pasukan Maritim Malaysia.

Sangeeta Tak Sangka Bakat Jadi Perhatian Juri

Dalam pada itu, Sangeeta tidak menyangka bakatnya yang masih lagi 'hijau' menjadi perhatian juri sehingga dipilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

"Team produksi Adiwiraku ada meletakkan harapan untuk menang filem terbaik tapi saya tak sangka pula turut memenangi pelakon wanita terbaik.

"Perasaan ketika itu terkejut dan macam tak percaya kerana calon-calon yang tersenarai cukup berbakat dan sangat saya kagumi.

"Bagaimanapun, saya juga berterima kasih kepada Cikgu Cheryl Fernado kerana dia adalah pemenang dan heroin sebenar dalam filem ini," ujarnya.

Tambah Sangeeta, melakonkan watak seorang guru dalam filem tersebut meninggalkan kesan positif dalam hidupnya.

Dia dapat melihat realiti kehidupan masyarakat yang serba kekurangan dan menghormati pengorbanan seorang guru.

"Filem ini membuka mata saya untuk melihat kehidupan orang lain di luar sana yang mungkin tidak bernasib baik.

"Apabila melihat kehidupan mereka, barulah saya sedar yang ada orang melalui cabaran yang lebih hebat daripada kita, jadi kita kena lebih bersyukur," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Adiwiraku , Jason Chong , FFM29

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan