“Allah Ambil Suamiku, Allah Ganti Kegembiraan Buat Adik Ku” - Erma Fatima - Berita Hiburan | mStar

“Allah Ambil Suamiku, Allah Ganti Kegembiraan Buat Adik Ku” - Erma Fatima

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 1:26 PM

Erma Fatima bersyukur adiknya Betty Rahmad akhirnya terima lamaran kekasih.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit Erma Fatima meluahkan rasa gembira apabila mendapat berita adiknya iaitu Betty Rahmad bakal mendirikan rumah tangga.

Erma menerusi satu foto yang dimuat naik di Instagram pada Isnin mengucapkan syukur kerana ia merupakan berita yang lama dinantikannya.

"Alhamdulillah... sekian lama ku nantikan. Hanya Allah tahu betapa gembiranya berita ini aku terima.

Foto yang dimuat naik Erma Fatima pada Isnin.

"Allah ambil suamiku... Allah gantikan dengan kegembiraan buat adik ku... @bettyrahmad Terima kasiih Allah," tulisnya.

Erma dan Bade Azmi bercerai dengan talak satu satu pada 17 Ogos lalu selepas 26 tahun mendirikan rumah tangga.

Betty yang juga seorang pelakon pada pagi Isnin memuat naik foto dia sudah menerima lamaran kekasihnya yang dikenali sebagai Ardy Damis ketika makan malam di sebuah restoran di Bali, Indonesia.

Sementara itu, aktres Datin Umie Aida turut meluahkan rasa syukur apabila adiknya itu membuat keputusan untuk berkahwin.

Betty bersama kekasihnya Ardy Damis.

"Alhamdulilah... walaupun sudah habis belajar dan dah kerja pun, tapi ayat yes memang susah dia nak sebut. Dalam erti kata tak pernah sebut atau tak tahu sebut atau tak ingin sebut.

"Tapi malam ni cikgu Damis berjaya ajar betty sebut yes! Yeaaayyyy !!! Aku bakal dapat adik ipar @ardydamis  tahniah adikku," ujarnya.

Dalam pada itu beberapa rakan artis yang baik dengan Betty turut mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan untuk berumah tangga dipermudahkan.

Tags / Kata Kunci: Erma Fatima , Betty Rahmat , Umie Aida
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan