Ada Sebab Babak Cium Fattah, Janna Nick Dibuat

Diterbitkan: Ahad, 24 September 2017 7:01 AM

Babak tersebut belum tentu disiarkan dalam drama berkenaan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Adegan ciuman antara Janna Nick dan Fattah Amin yang menjadi kontroversi dalam adegan drama Coffee Prince masih menjadi pertikaian netizen.

Seorang jurukamera, Juo Azri menerusi Instagramnya pada Sabtu mendedahkan foto dan jarak sebenar kedudukan antara Janna dan Fattah ketika penggambaran berlangsung.

"Gambar yang menjadi kontroversi... ini pandangan daripada skrin kamera saya. Babak ini dibuat atas alasan untuk membuatkan Emma Maembong cemburu dan secara automatik menolak tawaran nenek Raykal (lakonan Fattah)," tulisnya.

Aksi Cium: Jangan Kutuk Ibu- Bapa Pinta Janna Nick

Dia menjelaskan tentang foto bercium yang dimuat naik oleh pelakon Fara Mandoza dalam drama adaptasi Korea Coffee Prince yang tersebar di media sosial telah mengundang perbalahan dalam kalangan peminat.

Dalam pada itu, menurut Juo Azri, babak itu dibuat dalam pelbagai versi yang mana akan dipilih sendiri oleh pihak Astro.

Penjelasan salah seorang kru produksi tentang adegan berkenaan.

"Kita ada dua versi, nanti Astro akan tentukan mana yang mereka akan pakai, kita tahu batas budaya kita, cuma tak faham kenapa ada orang sebarkan benda yang belum tentu kita siarkan.

"Kami di sini hanya buat apa yang perlu, sebenarnya foto ini tidak boleh dikeluarkan kerana masih lagi rancangan yang belum tentu ditayangkan," ujarnya.

Sementara itu, menjawab soalan netizen, Joe Azri berkata, dia jamin adegan sebenar tidak menunjukkan aksi ciuman, sebaliknya dialog yang bakal diutarakan.

"Saya tak tipu sebenarnya scene sangat kelakar sebab kita bukan highlights cium, tapi dialog antara Raykal dan Dani yang sangat mencuit hati. Dah siap nanti korang tengok hasil sebenarnya, korang tak akan fokus pon cium tu tapi dialog yang kelakar tu yang jadi perhatian. InshAllah, tiada yang buruk yang kami buat untuk korang," ujarnya.

Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.

Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh  Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.

Tags / Kata Kunci: Coffee Prince , Fattah Amin , Janna Nick

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan