Tak Rock, Ewal Akhirnya Tersingkir

Diterbitkan: Ahad, 24 September 2017 11:36 PM

Persembahan Ewal disifatkan oleh juri sebagai tak rock. FOTO: Instagram AF Megastar.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Ewal diumumkan tersingkir dalam program realiti Akademi Fantasia (AF) Megastar minggu kedua yang diadakan di Royal Theater di sini, malam Ahad.

Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail yang menyanyikan lagu nyanyian asal Akim & The Majistret iaitu Potret mendapat undian paling rendah.

Persembahan Ewal juga mendapat ulasan kurang memuaskan daripada barisan juri yang mewakili 60 peratus markah secara keseluruhan.

40 peratus markah lagi dilakukan secara undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh penonton.

Tiga juri yang terlibat memberi komen ialah Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Joe (Wings).

Sembilan pelajar ini akan meneruskan persembahan ke minggu seterusnya.

Dalam pada itu, Sufi yang mendapat markah paling tinggi undian peminat muncul sebagai juara mingguan.

Pada konsert keempat ini kesemua peserta menyanyikan lagu genre rock sebagai temanya.

Sementara itu, menurut Datuk Ramli MS, persembahan Ewal pada malam ini kurang memuaskan dan lebih kepada genre pop.

"Persembahan awak tak rock, ia lebih kepada pop. Awak perlu cari keupayaan dan identiti awak sendiri dalam lagu," ujarnya.

Sembilan peserta yang mara ke minggu seterusnya ialoah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Sufi Rashid, Syamel dan Amir.

AF Megastar disiarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.

Tags / Kata Kunci: Ewal , AF Megastar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan