“Saya Tak Tahu Adegan Cium Fattah, Janna Dirakam”

Diterbitkan: Sabtu, 23 September 2017 6:20 AM

Rakaman sebahagian aksi penggambaran yang dimuat naik di laman sosial mengundang kemarahan netizen.

(Ubah saiz teks)

PENGARAH Michael Ang tidak mengetahui sebahagian rakaman penggambaran drama Coffee Prince yang memperlihatkan pelakon utama, Fattah Amin dan Janna Nick seolah-olah bercium tersebar di laman sosial.

Michael berkata, dia terkejut apabila mengetahui video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pelakon baharu iaitu Fara Mendoza di laman Instagram.

"Babak tersebut dirakam oleh Fara dan bukannya kru produksi yang sebarkan.

"Fara tidak berlakon dalam drama ini, dia hanya datang melawat Janna di set penggambaran.

"Kalau saya tahu dia nak rakam, pasti saya dah halang," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Adegan Cium Fattah Amin, Janna Nick Cetus Kemarahan

Rakaman adegan cium antara Janna dan Fattah yang menimbulkan kemarahan netizen.

Selain Fattah dan Janna, Coffee Prince turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.

Michael turut meluahkan rasa kesal kerana adegan tersebut telah di salah anggap oleh masyarakat yang menyangka dua pelakon utama tersebut sedang melakonkan babak bercium.

Jelasnya, Fattah dan Janna nampak seperti melakukan aksi itu kerana kedudukan kamera pada telefon bimbit yang merakam.

Pelakon diberi penerangan mengenai perjalanan babak sebelum penggambaran. Foto Instagram: @michaelang38

"Sebenarnya tak ada babak bercium pun, malah mereka tidak bersentuhan langsung.

"Kedudukan wajah Fattah di kanan dan Janna di kiri seolah menampakkan mereka sedang bercium.

"Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya," katanya.

Dalam pada itu, Michael akan lebih berhati-hati dan mengingatkan para pelakon agar tidak memuat naik rakaman sepanjang penggambaran di laman sosial.

Secara tidak langsung memastikan babak-babak penting tidak ditonton oleh masyarakat sebelum ia ditayangkan di televisyen.

Fattah Amin dan Janna Nick teraju utama dalam drama Coffee Prince. Foto Instagram: @michaelang38

"Selepas ini, tak kira pelakon atau kru, saya tak benarkan mereka merakam adegan sepanjang penggambaran.

"Tak mahu lagi orang salah faham dan hilang kejutan kerana penonton sudah tahu aksi dalam drama tersebut," ujarnya.

Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan.

Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.

Tags / Kata Kunci: Michael Ang , Fattah Amin , Janna Nick

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan