“Kalau Tak Sabtu... Ahad” - Zizan Razak

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 6:30 AM

Zizan Razak memasang impian untuk mendirikan rumah tangga.

(Ubah saiz teks)

GOSIP mengaitkan Zizan Razak dan Mira Filzah terus menjadi tanda tanya walaupun masing-masing menegaskan mereka hanya sekadar teman biasa.

Sering diasak dengan pertanyaan soal jodoh, Zizan, 33, memberitahu sebagai manusia biasa dia juga ada memasang niat untuk berkahwin tambahan pula usianya semakin meningkat.

Jelas bintang filem Abang Long Fadil 2 ini, dia sendiri tidak dapat menentukan bila dia akan menamatkan zaman bujanga kerana ia bukan terletak di tangannya.

"Siapa yang tidak mahu berkahwin? Niat itu memang ada tetapi saya sendiri tidak tahu bila.

Zizan kini giat menjalani latihan di pusat kecergasan sebagai persediaan memasuki set penggambaran filem Polis Evo 2.

"Tapi biasanya orang akan berkahwin kalau tidak hari Sabtu atau Ahad," katanya.

Dalam pada itu, Zizan mengakui dia sedang rapat dengan seseorang namun menegaskan hubungan mereka masih dalam fasa berkawan sahaja.

Ditanya adakah wanita itu adalah Mira, Zizan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Ada seseorang yang rapat tetapi fasa berkawan sahaja," ujarnya ringkas.

Bercakap mengenai kejayaan Abang Long Fadil 2, Zizan menyangkal popularitinya adalah faktor utama menarik penonton ke pawagam.

Barisan pelakon Abang Long Fadil 2.

Bagaimanapun kata Zizan, populariti seorang pelakon itu penting namun ia tidak boleh berdiri sendiri tanpa sokongan aspek lain dalam penerbitan sesebuah karya termasuk jalan cerita menarik.

"Tanpa kehadiran pelakon yang mempunyai nama dalam sesebuah filem susah juga kerana populariti seseorang itu penting dalam menarik minat penonton.

"Bagaimanapun ia bukanlah satu-satu faktor kejayaan sesebuah nashkah itu sebaliknya ia melibatkan pelbagai perkara dalam memastikan filem dihasilkan adalah yang terbaik dan dapat memenuhi citarasa penonton.

"Pada saya keseimbangan di antara populariti pelakon dan jalan cerita amat penting dan Abang Long Fadil 2 adalah kedua-duanya," katanya.

Untuk rekod, filem arahan Syafiq Yusof itu sehingga kini telah pun mendapat kutipan mencecah RM16 juta sejak ia ditayangkan pada 24 Ogos lalu.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan