Khadijah Ibrahim, Ramli Sarip Dalam Satu Konsert

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 6:00 AM

Penyanyi Khadijah Ibrahim dilantik sebagai penaung Persatuan Langit Biru yang akan menganjurkan 'The Running Walking Dead Fun Run Games 2017', bersama Yayasan Bina Islam Malaysia (YBIM), DBKL dan Navix pada 30 September ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi lama, Datuk Khadijah Ibrahim akan mengadakan sebuah konsert berskala besar bersama Datuk Ramli Sarip pada tahun depan.

Konsert yang bakal dianjurkan sempena ulang tahun ke-30 Doa Buat Kekasih itu bagaimanapun belum ditetapkan tarikh dan lokasinya. 

"Konsert itu masih dalam perancangan kami, InsyaAllah akan diadakan pada tahun depan. 

"Banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum membuat konsert, tapi saya boleh janjikan ada kelainan yang bakal disaksikan penonton nanti," ujarnya kepada mStar Online. 

Dia ditemui sewaktu sidang media larian amal The Running Walking Dead Fun Run Games 2017 di Khadijah's Kitchen, Petaling Jaya, Rabu. 

Ramli Sarip

Khadijah atau lebih selesa dikenali sebagai Khaty berkata, dia kini dalam perancangan untuk menghasilkan single atau album penuh menjelang penganjuran konsert itu. 

Tambahnya lagi, dia berhasrat untuk melancarkan album tersebut pada konsert berkenaan. 

Dalam pada itu, Khaty kini melebarkan sayap perniagaannya apabila membuka sebuah lagi restoran yang dikenali sebagai Warung Tok Khat di Cheras Central. 

"Warung ini akan menyajikan menu yang berlainan dari apa yang ditawarkan di Khadijah's Kitchen " ujarnya. 

Sementara itu mengenai larian amal The Running Walking Dead Fun Run Games 2017, Khaty merupakan penaung kepada Persatuan Langit Biru yang menjadi penganjur larian amal berkenaan bersama Yayasan Bina Islam Malaysia (YBIM) dan penaja utama, Navix. 

Larian amal yang disokong oleh Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Suka,n Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  akan berlangsung pada 30 September ini.

Tags / Kata Kunci: Khadijah Ibrahim , Ramli Sarip

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan