“Saya Masih Bahagia” - Farawahida

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 6:25 AM

Farawahida jarang berkongsi kisah peribadinya di media sosial dan umum. Foto SAMUEL ONG.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Farawahida menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia dan suaminya, Abdul Shukor kini sudah tidak bersama lagi. 

Menurut Farawahida, 32, kemungkinan gosip tersebut timbul disebabkan dia tidak berkongsi kisah kehidupan peribadi di media sosial. 

"Sebelum ini timbul gosip saya berpisah dengan suami pada awal tahun. Mungkin sebab ada orang rajin yang melihat Instagram saya tak ada gambar suami. 

"Masa saya bercinta dulu pun memang tidak berkongsi di media sosial. Saya dah empat tahun mendirikan rumahtangga dan Alhamdulillah masih lagi bahagia. 

"Sebab ini adalah kehidupan peribadi saya dan sedar walaupun saya selebriti tapi ada perkara yang tidak perlu dikongsikan," kata Farawahida kepada mStar Online.


Usia perkahwinan Farawahida dan suami bakal memasuki tahun keempat pada penhujung tahun ini.

Kata Farawahida, suaminya yang merupakan ahli perniagaan juga menyedari gosip tersebut namun memahami asam garam dalam kerjayanya sebagai seorang penyanyi. 

"Sebelum kami berkahwin lagi dah bincang perkara ini. Dia kena faham karier seni saya dan begitu juga saya kena tahu kerjanya sebagai ahli perniagaan. 

"Dia tahu pasal gosip kami berpisah tapi hanya mampu gelak sahaja. Sebab perkara tersebut tidak benar," ujarnya. 

Gandingan pertama Farawahida dan Datin Alyah. 

Farahwahida dan Abdul Shukur Mohd Zain diijabkabulkan di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak pada 16 Disember 2013. 

Dalam perkembangan karier nyanyian pula, buat kali pertama Farawahida bergandingan dengan penyanyi Datin Alyah menerusi lagu Mengapa Harus AKu yang sudah dilancarkan pada Selasa lalu.

"Lagu ini merupakan gandingan pertama saya dan Datin Alyah. Saya teruja apabila dapat tawaran untuk bekerjasama dengannya.

"Alyah adalah salah seorang penyanyi yang mempunyai suara dan vokal yang hebat. Bila dapat berduet ini adalah satu peluang buat saya," kata Farawahida.

Bagaimanapun, Farawahida memberitahu dia terima tawaran tersebut bukanlah kerana mahu menumpang populariti isteri kepada Datuk Ramli MS berkenaan.

"Tidak ada istilah menumpang populariti Alyah. Saya terima pun sebab lagu tersebut menarik dan cabaran baru. 

"Jarang kita dapat lihat dua penyanyi wanita bergabung dalam satu lagu. Jadi, ia satu pengalaman yang berbeza buat saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Farawahida , Datin Alyah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan