“Mana Duit Aku?” – Penyanyi Tipu Usahawan

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 6:30 AM

Mohammad Hisham bersama penyanyi yang didakwa cuba melarikan diri.

(Ubah saiz teks)

IBARAT melepaskan anjing tersepit, seorang ahli perniagaan Mohammad Hisham Shafie berasa ditipu apabila seorang penyanyi didakwa enggan bertanggungjawab terhadap kerugian projek menjual pakaian bernilai lebih RM100,000.

Mohammad Hisham, 40, berkata, projek sempena Hari Raya Aidilfitri lalu itu pada awalnya diusahakan oleh penyanyi berkenaan dengan seorang pelabur lain.

Namun, disebabkan beberapa masalah, dia menawarkan diri untuk mengambil alih dan menanggung kos pembelanjaan daripada pelabur pertama semata-mata untuk membantu artis tersebut yang terdesak.

"Projek baju Melayu dan kurta itu adalah idea dia dengan seorang ahli perniagaan lain yang mana jumlah keseluruhannya RM130,600. Namun, ahli perniagaan tersebut tarik diri kerana tidak berpuas hati dengan artis berkenaan berhubung soal wang. 

"Jadi, saya sebagai kawan yang agak baik dengan dia, saya cuba menolongnya dengan membayar jumlah itu kepada pelabur pertama. Saya niat nak tolong dia cara baik dan melepaskan dia daripada masalah," ujarnya kepada mStar Online.

Mohammad Hisham bersama penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun, tambahnya, penyanyi berkenaan kemudian bertindak lepas tangan dan tidak menjalankan bertanggungjawab mempromosi serta menjual baju-baju tersebut yang dikeluarkan lebih 1,000 helai.

Perkara itu membuatkan dia mengambil inisiatif menjual sendiri bagi mengelakkan kerugian yang banyak.

"Saya mula rasa geram apabila dia tidak bersungguh-sungguh menjual baju-baju berkenaan pada bulan Ramadan lalu, saya pula kena turun padang.

"Daripada jumlah itu dia hanya menjual tidak lebih 50 helai pun. Sekarang dalam stor ada lebih 700 helai lagi. Tapi apa yang membuatkan saya marah ialah dia senyap dan cuba melarikan diri.

"Dia sepatutnya datang jumpa saya dan bincang bagaimana cara nak selesaikan masalah ini. Saya fikir jumlah kerugian itu masih boleh dikurangkan dengan menjual semula baju-baju tersebut secara separuh harga," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohammad Hisham berkata, dia belum terfikir untuk mengambil sebarang tindakan terhadap penyanyi berkenaan kerana mahu memberi peluang kepadanya.

Katanya, apa yang diharapkan ialah penyanyi itu tampil dan bertanggung jawab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Saya nak hak saya!, saya mahu dia bayar balik baki duit termasuk yang dia ambil atas angin iaitu kira-kira RM30,000 dan berbincang untuk cari jalan selesaikan masalah ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Selebriti , penyanyi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan