Perlu Cuba Watak Komedi - Tiz Zaqyah

Diterbitkan: Rabu, 20 September 2017 6:00 AM

Tiz mahu mencuba pelbagai watak untuk menarik perhatian penonton.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Tiz Zaqyah sentiasa ingin dilihat mampu memegang watak yang berbeza pada setiap drama atau filem lakonannya.

Biarpun Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 28, sudah sinonim dengan watak berat, namun kali ini dia tampil menerusi komedi ringan menerusi Kolestrol vs Cinta. 

"Seseorang pelakon itu perlu untuk mencuba watak yang tidak terlalu berat seperti watak komedi. Artis luar negara juga buat perkara yang sama.

"Sebab itu salah satu cara untuk menarik penonton untuk melihat lakonan kita yang berbeza-beza," kata Tiz kepada mStar Online.

Tiz dan Kamal bergandingan menerusi filem terbaru, Kolestrol vs Cinta. 

Sementara itu, biarpun sudah lebih 10 tahun dalam industri lakonan, Tiz masih mempunyai perasaan takut untuk melebarkan bakatnya ke pentas teater. 

Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, perkara tersebut disebabkan dia mengalami masalah ketakutan berlakon secara langsung di pentas.

Malah, Tiz juga akui terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon teater kerana tidak yakin dengan dirinya. 

"Sejak mula menceburi bidang lakonan sehingga sekarang saya memang ada perasaan nak mencuba untuk berlakon di pentas teater. 

"Tapi saya ada masalah takut atau stage fright bila berada di atas pentas. Bila nampak cahaya, terus saya jadi panik, gagap dan hilang suara.

"Saya pernah dengar rakan artis kena rasuk bila berlakon teater. Semua itu merupakan antara sebab yang membuatkan saya takut untuk berlakon teater,” ujarnya. 

Tiz Zakiah. Foto IBRAHIM. 

Menurut Tiz Datin Seri Tiara Jacquelina dan Erma Fatima antara pengarah yang pernah menawarkan dia berlakon dalam teater mereka. 

"Sebelum ini saya pernah pergi ke uji bakat untuk teater Saloma, namun selepas itu saya terus tarik diri. 

"Saya juga pernah ditawarkan untuk berlakon dalam Natrah dan Tun Siti Hasmah, namun saya terus tolak dan cakap tak nak. 

"Memang rasa rugi dan menyesal, tapi lebih baik saya bersedia sebelum buat sesuatu," kata pemenang Pelakon Terbaik Anugerah Skrin 2016.

Terbahru, Tiz bergandingan dalam filem Kolestrol Vs Cinta lakonannya bersama Kamal Adli yang ditayangkan sejak 14 September lalu.


Tags / Kata Kunci: Tiz Zakiah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan