Muka Komersial Bukan Penentu Filem Laku - Nam Ron

Diterbitkan: Selasa, 19 September 2017 6:00 AM

Nam Ron menganggap wajah komersial belum tentu melariskan sesebuah karya. FOTO: Saari Che Mat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Nam Ron kesal dengan tanggapan segelintir pihak iaitu pelakon berwajah kormersial sahaja mampu melariskan sesuatu drama atau filem.

Namron, 47, berkata, penonton sekarang sudah bijak dan mengutamakan naskhah berbanding melihat kepada wajah pelakon semata-mata.

"Saya tiada isu jika jadi pilihan kedua untuk cerita ini tapi saya ada isu apabila dikatakan tiada nilai komersial.

"Pada saya nilai kormersial seorang pelakon tidak semestinya melariskan sesebuah drama atau filem. Aaron Aziz contohnya, dia popular tetapi tidak semua filem dia laku.

"Filem dia yang boxoffice pun disebabkan karya dan naskhah filem itu yang memang berkualiti," ujarnya kepada mStar Online.


Nam Ron

Dia ditemui pada majlis tayangan perdana dan sidang media filem televisyen Che Pa yang diadakan The Gardens, pada Isnin.

Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan mengulas tentang kenyataan penerbit drama Che Pa iaitu Fadzil Teh apabila pelakon tersebut merupakan pilihan kedua selepas aktor Faizal Hussain yang dilihat lebih mempunyai nilai komersial.

Pemilik syarikat Zeel Production yang mesra disapa Haji Zeel itu berkata, pemilihan Nam Ron dibuat oleh pengarah Sabri Yunus yang percaya pelakon tersebut lebih layak membawakan watak tersebut berbanding Faizal Hussain.

Bagaimanapun, Fadzil berkata dia berpuas hati dengan lakonan Nam Ron yang berjaya menghidupkan watak utama itu dengan baik.

Sementara itu, tamban Nam Ron, kejayaan atau kegagalan sesuatu filem atau drama bukan kepada pelakon semata-mata, sebaliknya berkaitan pemasaran yang betul.

"Dalam hal ini tidak boleh salah pelakon cantik atau tidak, popular atau tidak tetapi bahagian promosi dan pemasaran yang memainkan peranan penting," ujarnya.

Nam Ron (dua dari kiri) bersama barisan pelakon Che Pa.

Dalam pada itu, mengulas tentang filem televisyen Che Pa, Nam Ron berkata, ini merupakan kali pertama dia membawakan watak lelaki lembut dan penari tarian Hadrah.

Katanya, cabaran utama adalah terpaksa berhadapan dengan solekan yang tebal dan menari tarian tradisional itu.

"Hadrah merupakan cabang seni yang semakin dilupai dan popular sekitar tahun 1910 di Utara Semenjung Malaysia.

"Saya memegang watak sebagai Che Pa iaitu penari berpakaian wanita, berhias dan bersanggul. Cabaran utama ialah terpaksa menahan solekan tebal," ujarnya.

Nam Ron berkata, dia menerima tawaran filem berkenaan adalah disebabkan mahu mengangkat seni tarian yang pernah popular di negeri kelahirannya iaitu Perlis.

Che Pa turut membariskan pelakon seperti Ezany Nazariff, Amyza Aznan, Allahyarham Yusry Edoo atau Yus Jambu dan Putri Hanan.

Filem televisyen Che Pa boleh mula ditonton di saluran Astro First Eksklusif pada 21 September depan.

Tags / Kata Kunci: Nam Ron

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan