Konsert KL Xtravaganza Danau Kota Hangat

Diterbitkan: Selasa, 19 September 2017 12:39 PM

Saleem menghiburkan hampir 10,000 pengunjung Konsert KL Xtravaganza pada malam Sabtu.

(Ubah saiz teks)

LEBIH 5,000 warga kota membanjiri Konsert KL Xtravaganza yang telah berlangsung meriah di Taman Danau Kota, di sini pada malam Sabtu lalu.

Program anjuran Persatuan Karyawan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menyaksikan 10 artis popular tanah air menghiburkan pengunjung yang datang sejak awal pagi lagi.

Antara artis terlibat ialah Sufian Suhaimi, Nabila Razali, Zarul Umbrella, Drama Band, Siti Saerah, Datuk Yusni Hamid, Datin Paduka Julie Sudiro, Shidee dan Saleem.

Freddie (dua dari kanan) bersama tetamu VIP termasuk Dr. Loga (tengah).

Menurut Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez, penganjuran konsert kali ini memberi peluang kepada artis baharu dan lama berkongsi pentas menghiburkan peminat.

"Kita mengabungkan artis baharu dan lama dalam konsert ini, secara tidak langsung dapat mengumpulkan kelompok peminat yang pelbagai.

"Konsert ini juga istimewa kerana ia bersempena dengan Hari Malaysia, sambil berhibur kita juga menerapkan elemen semangat kebangsaan dalam kalangan pengunjung.

10 artis menjayakan konsert termasuklah penyanyi Zarul (Umbrella).

"Secara keseluruhan program ini mendapat sambutan menggalakkan dan mencapai sasaran," katanya kepada mStar Online.

Turut hadir menyaksikan Konsert pada malam itu ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Program KL Xtravaganza ini turut mendapat kerjasama Persatuan Wartawan dan Hiburan Malaysia (WHAM) dan beberapa agensi kerajaan lain.

Turut diadakan gerai jualan melibatkan artis tanah air antaranya Serina, Azizul Khamis, Shikin Dangdut dan Azza Elite

Tags / Kata Kunci: KLxtravaganza

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan